Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Bank Pusat Indonesia kekalkan kadar faedah pada 6 peratus
  • GLOBAL

Bank Pusat Indonesia kekalkan kadar faedah pada 6 peratus

Utusan Sarawak 6 months ago
GAMBAR hiasan.

JAKARTA: Lembaga Gabenor Bank Indonesia pada Rabu memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah tanda aras pada enam peratus, serta kadar kemudahan deposit dan pinjaman masing-masing pada 5.25 peratus dan 6.75 peratus, lapor Xinhua.

“Keputusan ini konsisten dengan matlamat mengawal inflasi dalam lingkungan 1.5 hingga 3.5 peratus pada 2024 dan 2025, sambil memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan,” kata Gabenor Bank Indonesia Perry Warjiyo dalam satu sidang media.

Bank Indonesia turut memberi tumpuan kepada kestabilan kadar tukaran rupiah, terutamanya dengan mengambil kira peningkatan ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi global, termasuk perkembangan politik di Amerika Syarikat.

Dasar monetari akan terus disesuaikan berdasarkan pergerakan mata wang, jangkaan inflasi, dan perubahan dalam faktor global serta domestik.

Sementara itu, dasar “macroprudential” dan sistem pembayaran direka bentuk untuk merangsang pertumbuhan ekonomi sambil mengekalkan langkah berhemat, khususnya dengan mempromosikan sektor keutamaan dan ekonomi hijau.

Menurut Bank Indonesia, pertumbuhan ekonomi pada 2024 dijangka berada dalam julat 4.7 hingga 5.5 peratus, dan akan meningkat pada 2025. – Bernama – Xinhua

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Pembunuh bersiri ‘sianida’ Thailand dihukum mati
Next: Trump namakan bekas peguam negara Whitaker sebagai Duta AS ke NATO

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.