Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bank Negara Malaysia kekalkan OPR pada 2.75 peratus
  • BISNES

Bank Negara Malaysia kekalkan OPR pada 2.75 peratus

Utusan Sarawak 3 hours ago

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia telah mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 2.75 peratus dalam mesyuaratnya yang diadakan hari ini.

Dalam satu kenyataan, bank pusat itu menyatakan pada paras OPR semasa, MPC berpendapat pendirian dasar monetari adalah wajar dan konsisten dengan prospek kestabilan harga yang berterusan serta pertumbuhan ekonomi yang mampan.

“MPC akan terus memantau terhadap perkembangan semasa dan menilai imbangan risiko menyeluruh berkaitan prospek inflasi serta pertumbuhan domestik,” jelas BNM.

Menurut bank pusat pertumbuhan global kekal berdaya tahan pada suku pertama 2026 dipacu terutamanya oleh permintaan domestik yang mampan dan peluasan teknologi global yang berterusan.

Bagaimanapun, kenaikan mendadak harga tenaga dan komoditi serta gangguan rantaian bekalan akibat konflik Asia Barat mula mempengaruhi momentum pertumbuhan global.

“Risiko penurunan terhadap pertumbuhan global kekal tinggi dan ia berpunca daripada ketidaktentuan berkaitan tempoh dan tahap keseriusan konflik tersebut, keadaan kewangan global yang lebih ketat serta kebimbangan terhadap penilaian dalam pasaran kewangan.

“Potensi pertumbuhan menjadi pesat termasuk konflik yang mereda lantas menyebabkan keadaan rantaian bekalan bertambah baik, perbelanjaan teknologi yang lebih kukuh dan langkah-langkah dasar yang menyokong pertumbuhan di negara-negara maju,” jelas BNM.- Bernama

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka tinggi menjelang pengumuman OPR
Next: PUNB kurangkan kadar keuntungan pembiayaannya untuk bantu usahawan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.