Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bank Islam, BUMITRA sediakan penyelesaian kewangan kepada bakal jemaah haji
  • BISNES

Bank Islam, BUMITRA sediakan penyelesaian kewangan kepada bakal jemaah haji

Utusan Sarawak 2 years ago

Peranan Bank Islam tidak hanya terhad sebagai hab penyelesaian kewangan bagi jemaah haji sahaja tetapi akan diperluaskan dengan menyeluruh kepada lebih 600 syarikat pelancongan yang berdaftar di bawah BUMITRA dan pelanggannya.

KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA) bagi menyediakan penyelesaian kewangan kepada bakal jemaah haji.

Bank Islam dalam satu kenyataan hari ini berkata, MoU itu disasarkan kepada bakal jemaah haji yang mahu mengambil pakej haji melalui 22 syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) lantikan Lembaga Tabung Haji (TH) yang juga merupakan ahli Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA).

“Ia akan melaksanakan kerjasama dan sesi perkongsian ilmu bagi mendidik ahli BUMITRA mengenai penyelesaian kewangan yang disediakan oleh Bank Islam terutamanya untuk haji dan umrah. Bidang kerjasama ini juga merangkumi usaha untuk membantu penyebaran maklumat mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan,” katanya.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah Kad Debit-i Bank Islam Visa Tabung Haji, kad debit itu dilengkapi dengan pelbagai keistimewaan dan ganjaran eksklusif untuk para pemegang kad.

Selain menawarkan rangkaian pembayaran dan akses tunai yang meluas di seluruh dunia, kad berkenaan juga memudahkan urusan urus niaga kewangan bagi jemaah haji ketika berada di Arab Saudi, ia termasuk tiada caj akan dikenakan bagi pengeluaran tunai pada musim haji, kata Bank Islam.

Pada majlis pemeteraian MoU itu juga, Bank Islam turut melancarkan kempen, ‘Once in a Lifetime’, khusus kepada bakal haji atau waris terdekat yang ingin membantu ibu bapa menunaikan haji dengan memohon pembiayaan peribadi ini dengan jumlah minimum sebanyak RM50,000.

Kempen yang berlangsung dari 24 Mac sehingga 31 Mei 2023 itu menawarkan peluang memenangi hadiah pakej umrah.

“Penyediaan pakej pembiayaan peribadi ini memberi peluang kepada bakal haji yang berkemampuan dan berupaya untuk membayar balik pembiayaan secara berstruktur mengikut kemampuan kewangan masing-masing,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed berkata peranan Bank Islam tidak hanya terhad sebagai hab penyelesaian kewangan bagi jemaah haji sahaja tetapi akan diperluaskan dengan menyeluruh kepada lebih 600 syarikat pelancongan yang berdaftar di bawah BUMITRA dan pelanggannya.

Selain daripada produk Pembiayaan Peribadi dan Kad Debit-i Bank Islam Visa Tabung Haji, Bank Islam sebagai hab solusi kewangan bagi jemaah haji, ia juga menawarkan produk-produk lain seperti akaun pelaburan Al-Awfar, kad kredit-i, produk perlindungan takaful, penulisan wasiat, kemudahan perbankan atas talian dan mudah alih serta tukaran mata wang asing di kaunter ‘Bureau de Change’ Bank Islam.

– Bernama

Continue Reading

Previous: Industri perkayuan Sarawak catat pertumbuhan positif  – Awang Tengah
Next: Jualan suku pertama Proton melonjak 50.9 peratus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.