Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bank Dunia semak semula unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia 2025 kepada 3.9 peratus
  • BISNES

Bank Dunia semak semula unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia 2025 kepada 3.9 peratus

Utusan Sarawak 3 days ago

KUALA LUMPUR:  Unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2025 disemak semula kepada 3.9 peratus iaitu penurunan sebanyak 0.6 mata peratusan berbanding unjuran pada Januari 2025, menurut laporan Global Economic Prospects oleh Bank Dunia.

Penurunan unjuran tersebut dikaitkan dengan kesan makroekonomi yang tidak menentu susulan halangan perdagangan yang lebih tinggi.

Menurut Bank Dunia halangan perdagangan boleh menekan pertumbuhan walaupun Malaysia mendapat manfaat daripada sokongan dasar fiskal seperti program perbelanjaan sosial dan pelaburan awam.

Laporan itu juga berkata penyatuan fiskal secara sederhana dijangka diteruskan di Malaysia.

Selain Malaysia, negara lain di rantau Asia Timur dan Pasifik (EAP) turut menyaksikan semakan semula ketara iaitu Filipina dan Vietnam masing-masing mencatatkan penurunan unjuran sebanyak 0.8 mata peratusan dengan unjuran pertumbuhan diturunkan kepada 5.3 peratus dan 5.8 peratus.

Unjuran bagi Thailand dikurangkan sebanyak 1.1 mata peratusan kepada 1.8 peratus manakala Myanmar mencatatkan penurunan paling ketara iaitu sebanyak 4.5 mata peratusan, menjadikan unjuran KDNK negara itu bagi 2025 kepada -2.5 peratus, menurut laporan tersebut.

Pertumbuhan global diunjurkan merosot kepada 2.3 peratus pada 2025 dengan kelembapan dalam kebanyakan ekonomi berbanding tahun lepas.

Kadar pertumbuhan ini akan menjadi yang paling perlahan sejak 2008, tidak termasuk tempoh kemelesetan global.

Menurut laporan tersebut, Malaysia yang merupakan antara ekonomi dengan sektor pembuatan berorientasikan eksport yang besar, amat terdedah kepada kemunculan semula ketegangan perdagangan, kos perdagangan yang lebih tinggi dan pertumbuhan yang lebih lemah dalam ekonomi utama.

Laporan itu berkata petunjuk aktiviti pembuatan termasuk Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pembuatan utama dan petunjuk perdagangan barangan menunjukkan penurunan kebelakangan ini.

Menurut laporan berkenaan, beberapa ekonomi berkembang pesat dan sedang membangun (EMDE) yang terdedah kepada perdagangan seperti Malaysia, menyaksikan komponen pesanan eksport baharu dalam PMI pembuatan melemah dengan ketara sejak November susulan peningkatan ketidaktentuan dasar perdagangan global.– Bernama

Continue Reading

Previous: Harga RON97, RON95, diesel kekal bagi tempoh 12 hingga 18 Jun
Next: Data ekonomi AS lemah dorong ringgit mengukuh berbanding dolar AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.