Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Bank Dunia akan beri pinjaman AS$700 juta perkukuh daya tahan Filipina terhadap bencana alam
  • GLOBAL

Bank Dunia akan beri pinjaman AS$700 juta perkukuh daya tahan Filipina terhadap bencana alam

Utusan Sarawak 11 hours ago
PANDANGAN dari udara menunjukkan rumah dinaiki air di sebuah kampung di Calumpit, wilayah Bulacan, utara Manila pada 25 Julai 2025 lalu, selepas sungai melimpah akibat hujan lebat yang dibawa oleh Taufan Co-Mei. Foto AFP

MANILA: Bank Dunia akan memberikan pinjaman sebanyak AS$700 juta kepada Filipina bagi projek pembinaan semula dan pembangunan yang bertujuan memperkukuh daya tahan negara itu terhadap bencana alam dan perubahan iklim, lapor Xinhua.

Menurut kenyataan akhbar Bank Dunia pada Khamis, kira-kira 18 juta isi rumah di negara itu dijangka menjadi kurang terdedah kepada bencana alam dalam beberapa tahun akan datang melalui perancangan komuniti yang lebih baik dan pelaburan dalam infrastruktur.

Daripada jumlah keseluruhan AS$874.35 juta yang diperlukan untuk projek itu, Bank Dunia akan menyumbang AS$700 juta melalui sebuah bank antarabangsa, manakala Kerajaan Filipina akan memperuntukkan baki AS$174.35 juta.

Bank Dunia menyatakan yang Filipina berada di kedudukan teratas dalam Indeks Risiko Dunia disebabkan oleh tahap kerentanan dan pendedahan tinggi terhadap cuaca ekstrem dan kejadian iklim, menjadikannya antara negara yang paling terdedah kepada bencana di dunia.– Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Periuk upacara seramik berusia hampir 900 tahun ditemukan di tapak warisan tentarif UNESCO di Turkiye
Next: Gunung Lewotobi Laki-Laki di Indonesia meletus lagi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.