Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Banjir: Syarikat di Bintulu sumbang 20 unit bot fiber 
  • WILAYAH

Banjir: Syarikat di Bintulu sumbang 20 unit bot fiber 

Utusan Sarawak 3 months ago

Iskandar (tengah) menyerahkan bot fiber kepada Nyurak sambil disaksikan wakil agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana di Bintulu.

BINTULU: Keperluan aset penyelamatan ditingkatkan apabila sebanyak 20 unit bot fiber disediakan untuk memperkukuh operasi pemindahan mangsa banjir di Bintulu.

Sumbangan itu disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu (JPBBB), Datuk Nyurak Ketidalam acara ringkas penyerahan di Pejabat Residen Bahagian Bintulu, hari ini.

Menurutnya, sumbangan tersebut adalah hasil kerjasama strategik antara beberapa syarikat dan organisasi termasuk Miripoly Industries Sdn Bhd, Somet Offshore Engineering & Services Sdn Bhd, Dugong Boats, MOGSC, EIC (Oil & Gas Association), serta Armada Platinum Travel & Tours Sdn Bhd, yang menyalurkan bantuan melalui Pusat Khidmat DUN Jepak.

Beliau berharap inisiatif seumpama itu dapat memperkukuh kesiapsiagaan semua pihak dalam menghadapi bencana banjir yang semakin mencabar dan tidak menentu.

“Sumbangan bot ini adalah langkah penting dalam memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi bencana alam, terutamanya banjir. 

“Bot-bot ini akan digunakan dalam operasi penyelamatan mangsa banjir di kawasan Bintulu,” katanya.

Kesemua bot tersebut akan diserahkan kepada agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Bintulu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), serta pentadbiran Bahagian Bintulu bagi mempercepatkan tindak balas dalam situasi kecemasan.

“Dengan sumbangan ini, usaha-usaha penyelamatan di kawasan terjejas dapat dijalankan dengan lebih pantas dan berkesan pada masa hadapan,” tambah Iskandar.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: PPS Bau kini menempatkan 21 mangsa banjir
Next: Banjir: Mangsa di Tatau terus meningkat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.