Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Banjir Sungai Gelugus jejaskan bekalan air di Lawas
  • Utara
  • WILAYAH

Banjir Sungai Gelugus jejaskan bekalan air di Lawas

Utusan Sarawak 4 hours ago
DILANDA BANJIR… Rumah pam air di Gaya dan Loji Rawatan Air Gelugus dilanda banjir sejak semalam.  

LAWAS: Kampung Batu Dua, sepanjang Jalan Punang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas, serta seluruh Kuala Lawas mengalami gangguan bekalan air sejak semalam berikutan banjir di Sungai Gelugus.

Gangguan bekalan air bermula semalam apabila paras air sungai Gelugus meningkat di Loji Rawatan Bekalan Aor Gelugus sehingga menjejaskan pam penyedut air di Gaya Intake.

Menurut kenyataan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Bahagian Limbang bekalan air akan dipulihkan secara berperingkat selepas paras air surut dan kerja pemeriksaan keselamatan selesai dilaksanakan.

Orang awam dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan ini.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh disalurkan ke talian berikut di JBALB Limbang: 085-284213 atau Talian Khidmat: 016-745 5043 (WhatsApp sahaja).

Oleh Adeng Idris

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Anggota APM berjaya musnahkan sarang tebuan
Next: Dewan Kampung Jengalas dinaik taraf, kawasan dikenal pasti berisiko banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.