Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Banjir, sistem pengangkutan huru-hara akibat ribut di Sepanyol dan Portugal
  • GLOBAL

Banjir, sistem pengangkutan huru-hara akibat ribut di Sepanyol dan Portugal

Utusan Sarawak 3 weeks ago
ANGGOTA bomba menarik sebuah bot getah ketika air banjir dari Sungai Sado menenggelami jalan-jalan di Alcácer do Sal, selatan Portugal, semasa Ribut Leonardo pada 4 Februari 2026. Foto AFP

MADRID: Ribut membawa hujan lebat serta angin kencang, menyebabkan gangguan meluas di selatan Sepanyol dan Portugal pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Perkhidmatan cuaca Sepanyol, AEMET, memberi amaran yang sesetengah kawasan berisiko menerima jumlah hujan bersamaan purata setahun dalam tempoh hanya beberapa jam.

Di Wilayah Andalusia, kira-kira 3,000 orang dipindahkan dari kawasan perumahan tanah rendah berikutan banjir. Sekolah ditutup, perkhidmatan kereta api tergendala di beberapa laluan dan beberapa jalan raya ditutup, lapor penyiar negara Sepanyol, RTVE.

Keadaan yang sama turut berlaku di Portugal, di mana usaha pemulihan masih dijalankan susulan ribut kuat minggu lepas yang menyebabkan kerosakan besar.

Banjir baharu yang dicetuskan oleh ribut terbaharu, dinamakan Leonardo oleh pihak berkuasa memutuskan hubungan beberapa desa, menyebabkan sungai melimpah dan memaksa sekolah terus ditutup. Jalan raya dan perkhidmatan rel turut terjejas, terutamanya akibat tanah runtuh dan pokok tumbang.

Penyiar nasional Portugal, RTP melaporkan yang tanah sudah tepu dan tidak mampu menyerap hujan tambahan.

Perkhidmatan cuaca Portugal, IPMA, memberi amaran yang ribut lain dijangka berlaku dalam beberapa hari akan datang.

Amaran juga dikeluarkan bagi Pulau Mallorca di Sepanyol, di mana jalur luar ribut Leonardo dijangka tiba pada Khamis. AEMET mengeluarkan amaran kuning, iaitu tahap amaran ketiga tertinggi, bagi sebahagian besar pulau itu.

Angin kencang sehingga 120 kilometer sejam diramalkan di kawasan pergunungan, manakala ombak setinggi 10 meter mungkin melanda pantai timur dan selatan.

Bagi kawasan terbabit, perkhidmatan cuaca mengeluarkan amaran jingga, tahap amaran kedua tertinggi. – Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Pesawat Turkiye dari Kathmandu ke Istanbul mendarat cemas di Kolkata akibat masalah enjin
Next: Penyelam teknikal masuki feri karam di Selatan Filipina, angka kematian meningkat kepada 45

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.