Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Banjir semakin pulih, beberapa PPS ditutup petang ini
  • SEMASA

Banjir semakin pulih, beberapa PPS ditutup petang ini

Utusan Sarawak 3 months ago
GAMBAR hiasan.

KUCHING: Bilik Gerakan Bencana Bahagian dan Daerah Kuching mengumumkan bahawa beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di kawasan ini akan ditutup selepas keadaan banjir semakin pulih.

Berdasarkan makluman yang diberi oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, PPS SJK Chung Hua Batu Kawa dijangka akan ditutup selepas waktu makan tengah hari, sementara PPS Dewan Haji Kamaruddin dan PPS SK Sejijak akan ditutup sekitar 3.00 petang.

Penutupan dua PPS terakhir ini dijangka berlaku selepas lawatan Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof ke kawasan berkenaan, hari ini.

Keputusan penutupan ini diambil setelah pihak berkuasa mengesahkan bahawa keadaan di kawasan yang terjejas banjir semakin pulih dan stabil, dengan paras air yang menurun serta jalan yang dapat dilalui semula.

Tindakan ini juga merupakan langkah susulan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan mangsa yang masih berada di PPS sebelum penutupan dilakukan.

Oleh Amanda L.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Banjir: Jumlah mangsa naik, Kanowit kini zon merah
Next: Banjir: Beri alasan munasabah, untuk dapat bantuan RM1,000 jika gagal ke PPS – Uggah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.