Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Banjir: Satu PPS di Sarawak tutup, sembilan masih aktif
  • TEMPATAN

Banjir: Satu PPS di Sarawak tutup, sembilan masih aktif

Utusan Sarawak 3 hours ago
Foto fail BERNAMA

KUCHING: Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) banjir di Sarawak ditutup petang ini, menjadikan PPS yang masih aktif di negeri itu kini menjadi sembilan.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan PPS aktif tersebut melibatkan kawasan Serian, Sibu, Bintulu dan Sebauh.

Menurut jawatankuasa itu, setakat 4.00 petang ini juga jumlah mangsa banjir menurun kepada 1,630 orang daripada 506 keluarga, berbanding 1,773 mangsa daripada 560 keluarga pagi tadi.

“Antara PPS menempatkan mangsa paling ramai ialah PPS Sekolah Kebangsaan Tanah Puteh di Serian dengan 448 mangsa daripada 131 keluarga, Dewan Masyarakat Serian (311 mangsa daripada 91 keluarga) dan PPS Dewan Suarah Bintulu (262 mangsa daripada 84 keluarga).

“Selain itu, PPS Dewan Sri Kemena Sekolah Menengah Kebangsaan Sebauh menempatkan 189 mangsa daripada 57 keluarga,” menurut makluman itu.

Bencana banjir di Sarawak kali ini bermula pada 31 Disember tahun lepas, apabila beberapa kawasan di sekitar bandar raya Kuching dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan.- Bernama

Continue Reading

Previous: MBKS tubuh pasukan petugas pemuliharaan warisan Padungan 
Next: Sarawak giat persiapkan lapangan terbang antarabangsa baharu dan Pelabuhan Laut Dalam Tanjung Embang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.