Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Banjir: Sarawak dan Terengganu pulih, mengsa meningkat di Pahang
  • NASIONAL

Banjir: Sarawak dan Terengganu pulih, mengsa meningkat di Pahang

Utusan Sarawak 6 hours ago
JAWATANKUASA Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan tiada lagi mangsa banjir ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Bulat Sabit Merah, iaitu satu-satunya PPS yang masih aktif di Miri sebelum ini selepas dua mangsa daripada satu keluarga dibenarkan pulang ke rumah mereka hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Sarawak dan Terengganu menunjukkan tanda pemulihan apabila kedua-dua negeri mencatatkan penurunan jumlah mangsa, namun Pahang masih merekodkan peningkatan, manakala Johor menjadi negeri terbaharu dilanda bencana itu melibatkan daerah Mersing susulan hujan lebat berterusan sejak awal pagi ini.

Di SARAWAK, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan tiada lagi mangsa banjir ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Bulat Sabit Merah, iaitu satu-satunya PPS yang masih aktif di Miri sebelum ini selepas dua mangsa daripada satu keluarga dibenarkan pulang ke rumah mereka hari ini.

Bagaimanapun, PPS berkenaan kini menempatkan empat mangsa daripada satu keluarga yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir menurun kepada 108 orang daripada 30 keluarga setakat 9.00 pagi ini berbanding 212 orang daripada 58 keluarga petang semalam.

Menurut Sekretariat JPBN Terengganu, kesemua mangsa dari daerah Kemaman ditempatkan di enam PPS yang dibuka sejak 15 Dis lepas iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Air Putih, Dewan Orang Ramai Kampung Seberang Tayur Hulu, Dewan Ketengah Dandong, Dewan Orang Ramai Batu 14, Masjid Kampung 16 Tebak dan Pusat Pemindahan Kampung Pasir Gajah.

Berdasarkan laman sesawang Public Info Banjir, paras air di dua stesen di Terengganu melepasi paras amaran iaitu Sungai Tersat di Kampung Sekayu (F1), Hulu Terengganu dan Sungai Besut di Jambatan Keruak, Besut.

Sementara itu di JOHOR, daerah Mersing menjadi kawasan pertama dilanda banjir dengan sebuah PPS dibuka bagi menempatkan penduduk terjejas.

Pengerusi JPBN Johor Datuk Asman Shah Abd Rahman berkata PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Air Tawar mula beroperasi pada 8 pagi tadi, menempatkan 120 penduduk daripada 31 keluarga dari Kampung Baru Air Tawar dan Kampung Hubong.

Beliau memaklumkan empat sungai berada pada paras amaran iaitu Sungai Muar di Kampung Awat (19.41 meter), Sungai Segamat di Segamat (36.72 meter), Sungai Mersing di Kampung Labong (1.83 meter) dan Sungai Muar di Tangkak (2.02 meter).

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir terus meningkat dengan 2,077 mangsa daripada 648 keluarga yang ditempatkan di 18 PPS di tiga daerah setakat 8.30 pagi ini.

Menurut aplikasi Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kuantan mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 1,975 orang daripada 620 keluarga di 13 PPS, diikuti Maran dengan 74 mangsa daripada 19 keluarga di dua PPS dan Rompin melibatkan 28 mangsa daripada sembilan keluarga di tiga PPS.

Laman sesawang Public Info Banjir melaporkan aras air di beberapa stesen sungai utama di Pahang telah melepasi paras bahaya termasuk Sungai Belat di Sri Damai; Sungai Kenau di Sungai Rimau, Kuantan; serta Sungai Mentiga di Jambatan Chini, Pekan.- Bernama

Continue Reading

Previous: Tujuh menteri, lapan timbalan menteri angkat sumpah hari ini
Next: Tujuh menteri, lapan timbalan menteri angkat sumpah hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.