Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Banjir Sarawak: 3,031 mangsa dipindahkan, 42 PPS aktif libatkan 14 daerah
  • TEMPATAN

Banjir Sarawak: 3,031 mangsa dipindahkan, 42 PPS aktif libatkan 14 daerah

Utusan Sarawak 18 hours ago
SERAMAI 3,031 mangsa daripada 876 Ketua Isi Rumah (KIR) masih ditempatkan di 42 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) melibatkan 14 daerah. Foto APM Sarawak

KUCHING: Keadaan banjir di Sarawak terus menunjukkan trend membimbangkan apabila seramai 3,031 mangsa daripada 876 Ketua Isi Rumah (KIR) masih ditempatkan di 42 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) melibatkan 14 daerah setakat 11.00 pagi tadi.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak dalam satu kenyataan berkata, tujuh bahagian dikenal pasti terjejas akibat banjir iaitu Serian, Samarahan, Kuching, Mukah, Miri, Bintulu dan Sibu, dengan Serian mencatatkan jumlah mangsa tertinggi setakat ini.

Menurut APM, Bahagian Serian merekodkan 26 PPS aktif melibatkan 507 KIR dengan 1,779 mangsa, sekali gus menjadi kawasan paling teruk terjejas susulan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.

FOTO APM Sarawak.

“Bahagian Samarahan pula mencatatkan enam PPS aktif dengan 183 KIR melibatkan 591 mangsa, diikuti Kuching dengan tiga PPS menempatkan 64 KIR dan 225 mangsa,” menurut kenyataan itu.

APM memaklumkan, daerah lain yang turut terjejas ialah Mukah dengan 196 mangsa, Miri (153 mangsa), Bintulu (80 mangsa) dan Sibu (7 mangsa).

APM berkata, pembukaan PPS dibuat secara berperingkat bermula 8 Januari, dengan sebahagian pusat merekodkan peningkatan jumlah mangsa, khususnya di beberapa lokasi di Serian dan Kuching.

“Antara PPS yang menunjukkan peningkatan mangsa ialah PPS Surau Nur Hidayah, Kampung Batu Kitang Jaya, PPS Dewan Masyarakat Gedong, PPS Dewan Kampung Melayu Balai Ringin, serta beberapa PPS di sekitar Kampung Lintang Baru dan kawasan Simunjan,” katanya.

Bagaimanapun, menurut APM, terdapat juga PPS yang mencatatkan trend menurun atau kekal, menunjukkan situasi banjir di sesetengah kawasan mula stabil, bergantung kepada paras air dan keadaan cuaca semasa.

APM turut memaklumkan bahawa operasi pemindahan mangsa dilaksanakan secara bersepadu dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa tempatan.

“Keutamaan diberikan kepada keselamatan mangsa, khususnya warga emas, kanak-kanak dan golongan rentan, selain memastikan kebajikan mereka terjaga di PPS,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, APM menasihatkan penduduk di kawasan berisiko agar sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa dan segera berpindah ke PPS sekiranya diarahkan.

“Orang ramai diminta tidak mengambil risiko meredah banjir serta sentiasa mengikuti maklumat rasmi yang dikeluarkan oleh agensi berkaitan,” katanya.

APM Sarawak turut memaklumkan bahawa situasi banjir dipantau secara berterusan dan kemas kini terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa bergantung kepada perkembangan cuaca dan paras air.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Gangguan bekalan air tidak berjadual akibat paip pecah di Jalan Haji Baki
Next: 21 mangsa banjir berlindung di PPS Dewan Masyarakat Gedong, keadaan terkawal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.