Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Banjir Sabah, Sarawak: Jumlah mangsa banjir berkurangan hari ini
  • NASIONAL

Banjir Sabah, Sarawak: Jumlah mangsa banjir berkurangan hari ini

Utusan Sarawak 4 weeks ago
DATUK Penguang Manggil bersama Datuk Gerawat Gala, melawat rumah Ketua Kampung, Hashim Tobi yang terjejas banjir di Kampung Narum, Miri menggunakan perahu Jabatan Pertahanan Awam Marudi. Foto APM Marudi

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di SABAH berkurangan kepada 2,602 orang daripada 806 keluarga pagi ini, berbanding 3,325 orang daripada 964 keluarga petang semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan kesemua mangsa kini ditempatkan di 22 PPS yang dibuka di enam daerah iaitu Beaufort, Penampang, Membakut, Papar, Putatan dan Sipitang.

“Daerah Penampang mencatatkan trend penurunan jumlah mangsa banjir, manakala lima daerah lain kekal dengan jumlah yang sama,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan pedalaman Sabah akan mengalami ribut petir petang ini manakala kawasan lain pada sebelah malam.

Di SARAWAK, Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memaklumkan 13 orang daripada tiga keluarga masih berlindung di PPS Dewan Suarah Marudi, setakat 6.00 pagi tadi.

Dalam pada itu, berdasarkan laman Public Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras sungai di stesen Long Teru, Miri mencatatkan 9.13 meter, melepasi paras bahaya lapan meter.

Paras sungai di stesen Marudi pula mencatat bacaan 4.38 meter, melepasi paras bahaya 3.25 meter manakala di Lubok Piasau II, Limbang paras sungai kekal pada 2.24 meter, melebihi paras bahaya 2.2 meter.- Bernama

Continue Reading

Previous: Lebih 1,000 cerun dikenal pasti berisiko di seluruh negara – Nanta
Next: Kerajaan kaji perluas skop RUU Tribunal Anti-Buli kepada semua peringkat umur – Azalina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.