Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Banjir pertama 2026, paras air di Bekenu masih tinggi
  • Utara
  • WILAYAH

Banjir pertama 2026, paras air di Bekenu masih tinggi

Utusan Sarawak 1 day ago
PEJABAT Majlis Daerah Subis turut terjejas banjir di pekan Bekenu.

BEKENU: Paras air banjir di kawasan Bekenu masih kekal tinggi meskipun cuaca pada siang hari ini cerah dengan sedikit mendung tanpa hujan.

Seorang penduduk Kampung Dagang yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad berkata hujan yang berterusan sepanjang malam menyebabkan banjir di kampung itu.

“Hujan baru berhenti pagi tadi, jadi rumah-rumah rendah di Kampung Dagang semua terjejas. Keadaan banjir kini di paras lutut. Ini merupakan banjir pertama 2026,” katanya

Sementara itu, Penghulu (Cina) Choo Chong Yee menasihatkan penduduk di pekan Bekenu supaya sentiasa peka terhadap keadaan banjir dan berhati-hati dengan bekalan elektrik.

Tinjauan di pekan Bekenu mendapati banyak kedai ditutup bagi mengelak risiko seperti yang berlaku semasa banjir besar awal 2025.

Utusan Sarawak turut difahamkan bahawa bekalan elektrik mungkin akan ditutup sementara demi keselamatan.

Antara premis yang terjejas di pekan Bekenu ialah Pejabat Majlis Daerah Subis, Pejabat Daerah Subis, Jabatan Pertanian Bekenu, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sibuti, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Sibuti dan SK Bekenu.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: APM Marudi musnahkan sarang tebuan di Kampung Baru
Next: Krismas dan Tahun Baharu jadi simbol keharmonian masyarakat Sarawak di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.