Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Banjir Perak, Sabah pulih sepenuhnya, Sarawak terus catat penurunan mangsa
  • SEMASA

Banjir Perak, Sabah pulih sepenuhnya, Sarawak terus catat penurunan mangsa

Utusan Sarawak 7 hours ago
PANTAU… Anggota BBP Batu Niah ketika menjalankan pemantauan banjir di dua laluan utama sekitar Sepupok dan Batu Niah hari ini. Foto BBP Batu Niah

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Perak dan Sabah dilaporkan pulih sepenuhnya petang ini, dengan semua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup dan mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing, manakala Sarawak terus mencatatkan penurunan jumlah mangsa.

Di Perak, PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak di Hilir Perak yang menempatkan empat mangsa daripada satu keluarga, ditutup pada 1 tengah hari tadi.

Sementara itu di Sabah, banjir di Sandakan juga pulih apabila 59 orang daripada 24 keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pertanian, dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas banjir surut sepenuhnya dan kediaman penduduk selamat untuk didiami.

Di Sarawak, JPBN melaporkan setakat 4.00 petang ini, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 127 orang daripada 60 keluarga, berbanding 132 orang daripada 61 keluarga pada pagi tadi, susulan penutupan  PPS SK Angus yang menempatkan lima mangsa daripada satu keluarga, tengah hari tadi. 

Manakala PPS SK Suai Niah, kekal menempatkan 119 mangsa daripada 57 keluarga dan PPS Dewan Bulan Sabit Merah pula masih menempatkan empat mangsa banjir daripada dua keluarga, serta empat mangsa sekeluarga yang terjejas akibat tanah runtuh.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Polis, peguam perjelaskan sebab wajah suspek terpaksa ditutup atau dikaburkan
Next: 1MDB: 12 lukisan bernilai lebih AS$30 juta akan dikembalikan kepada Malaysia – SRPM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.