Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • UMUM
  • Banjir: Penduduk redah hutan cari tempat selamat
  • UMUM

Banjir: Penduduk redah hutan cari tempat selamat

Utusan Sarawak 5 months ago

Penduduk melakukan rutin harian mereka seperti biasa meskipun perkhidmatan feri yang menghubungkan Pasir Kelang dan Pasir Era akan dihentikan sementara waktu berikutan kenaikan paras air Sungai Kelantan ketika tinjauan fotoBernama di Jeti Feri Pasir Kelang hari.

KUALA KRAI: Empat beranak bersama dua lagi mangsa banjir terpaksa meredah hutan untuk menyelamatkan diri selepas rumah mereka di Kampung Sungai Embak di sini, dinaiki air sedalam kira-kira lima kaki berikutan hujan lebat, semalam.

Azila Abdul Aziz, 38 berkata dia bersama suami dan dua anaknya masing-masing berusia lapan dan tujuh tahun serta ditemani dua lelaki warga Indonesia berjalan di dalam hutan kira-kira 15 minit sebelum sampai di tempat berlindung di surau An-Naim.

“Kira-kira 11 malam tadi, saya dan keluarga bersama dua lelaki Indonesia redah hutan. Perasaan ketika itu hanya Allah saja yang tahu betapa sukarnya perjalanan dilalui sebab saya tidak pernah masuk ke hutan itu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sebagai langkah berjaga-jaga, Azila berkata dia telah memaklumkan kepada ahli keluarga lain serta rakan-rakan mengenai situasi yang berlaku sebelum mengambil keputusan meredah hutan berkenaan.

“Saya berserah kepada Allah kerana kami semua turun dari rumah sehelai sepinggang dan hanya bawa dokumen penting sahaja untuk mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku,” katanya.

Tinjauan Bernama hari ini mendapati beberapa kampung di Kuala Krai masih lagi digenangi air susulan hujan berterusan beberapa hari lepas seperti Kampung Baru Sungai Durian, Kampung Chenulang, Kampung Kuala Nal dan Kampung Keroh.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat 12 tengah hari, sebanyak 40 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kuala Krai dengan menempatkan lebih 5,000 mangsa banjir.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Tengku Permaisuri Selangor berangkat balik ke Kuala Lumpur
Next: Tiga beranak terperangkap atas bumbung diselamatkan penduduk kampung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.