Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Banjir Marudi menurun, terkawal
  • Utara
  • WILAYAH

Banjir Marudi menurun, terkawal

Utusan Sarawak 3 months ago
APM membuat pemantauan keadaan paras air di kawasan Jalan Sungai Arang, Marudi.

MARUDI: Fenomena air pasang besar yang bertembung dengan hujan lebat berpanjangan sejak 26 Januari lalu telah mengakibatkan beberapa kawasan di Marudi dinaiki air.

Menurut laporan Pejabat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Marudi, pemantauan terkini oleh Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mendapati trend air menunjukkan penurunan dan keadaan masih terkawal.

KEADAAN Jalan Kampung Ridan telah surut sepenuhnya.
KEADAAN paras air Kampung Padang Kerbau, Marudi mencatatkan bacaan 0.24 meter.

Pemantauan dijalankan APM bermula 1.45 petang hingga 2.55 petang sebelum mereka kembali ke PKOD pada 3.25 petang.

Hasil pemantauan yang dijalankan oleh APM mendapati paras air di Kampung Padang Kerbau mencatatkan bacaan 0.24 meter, manakala Kampung Ridan telah surut sepenuhnya.

Namun, Jalan Sungai Arang masih mencatatkan ketinggian air 0.51 meter, menyebabkan jalan tersebut tidak dapat dilalui oleh kenderaan kecil dan agak dalam untuk kenderaan tinggi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi, Lt. (PA) Mirwan Shah Masri, dalam kenyataannya memaklumkan bahawa keadaan semasa adalah terkawal.

“Setakat ini tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka.

“ Penduduk dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada terhadap keadaan paras air dan berpindah jika keadaan tidak selamat,” katanya.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 756 bakul makanan diagihkan kepada mangsa banjir Maludam
Next: Berkhatan cerminkan warisan, semangat perpaduan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.