Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Banjir: Lima sekolah rendah antara beberapa kawasan terjejas dinaiki air  
  • Tengah
  • WILAYAH

Banjir: Lima sekolah rendah antara beberapa kawasan terjejas dinaiki air  

Utusan Sarawak 2 months ago
KEADAAN banjir di SK Bena Sut yang dilanda banjir, hari ini.
Foto Video Facebook Alexander Nanta Linggi 

KAPIT: Hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu telah menyebabkan beberapa kawasan di Kapit dilanda banjir, termasuk lima sekolah yang terjejas akibat limpahan air.

Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, berkata sekolah yang terjejas ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Yong, SK Bena Sut, SK Nanga Kebiaw, SK Nanga Antaroh dan SK Nanga Bena.

“Bagaimanapun, banjir di tiga sekolah iaitu SK Nanga Kebiaw, SK Nanga Antaroh dan SK Nanga Bena sudah mulai surut,” katanya dalam satu hantaran di Facebook miliknya hari ini.

Selain sekolah, katanya, beberapa kawasan lain turut mengalami kesan banjir, termasuk Kampung Muhibah di Jalan Bleteh; Kampung Baru, Jalan Abang Sulaihi; Lorong 7 Jalan Airport dan Ng Seranau.

Berikutan bencana ini, beberapa kawasan turut terputus hubungan jalan dan bekalan elektrik bagi tujuan keselamatan.

Antara kawasan yang terjejas ialah Sg. Sibau (Rh. John Ramba), Rh. Riti, Ng. Tulie, kawasan Pulau Pisang, dan Ng. Baleh.

“Saya telah mengarahkan semua pihak berkaitan untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi membantu penduduk yang terkesan akibat banjir ini,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kapit.

Nanta turut menzahirkan rasa dukacita atas kejadian yang berlaku dan menyeru penduduk supaya mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Banjir luar biasa, kawasan tidak pernah dinaiki air turut tenggelam
Next: Operasi Loji Rawatan Air Song dihentikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.