Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Banjir landa Daerah Tatau, rekod terburuk sejak 1963
  • Tengah
  • WILAYAH

Banjir landa Daerah Tatau, rekod terburuk sejak 1963

Utusan Sarawak 4 months ago
CALVIN Ligong menerima sumbangan sekampit beras daripada pihak Sarawak Energy Berhad dan Sarawak Water Sdn. Bhd. sebagai simbolik penyerahan bantuan kepada mangsa banjir.

TATAU: Banjir yang melanda Daerah Tatau kali ini mencatatkan rekod sebagai salah satu kejadian banjir terburuk dalam sejarah daerah itu sejak 1963, kata Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus itu berkata, kawasan rendah sepanjang Batang Anap dan Sungai Kakus dilanda banjir teruk, sekali gus menyebabkan penduduk terputus hubungan.

Beberapa rumah panjang di kawasan Sungai Entajum, Sungai Sangan, dan Sungai Muput turut terjejas.

“Banjir kali ini sangat luar biasa, dengan beberapa kawasan masih terjejas pada 4 Februari.

“Tetapi, gelombang kedua yang berlaku pada 5 Februari lebih mengerikan,” katanya pada majlis penyerahan dana Projek Kecil Luar Bandar (MRP) di Pejabat Daerah Tatau, semalam.

Pada majlis itu, bantuan berupa barang keperluan asas seperti beras, telur, dan mi segera disalurkan untuk mangsa menerusi program CSR Prihatin Bencana 2025 yang dianjurkan oleh Sarawak Water Sdn. Bhd. dan Sarawak Energy Berhad.

Yayasan Bintulu Port juga turut meyumbang barang keperluan asas kepada mangsa banjir di bawah program Bintulu Port Prihatin.

Dato Sri John Sikie juga menzahirkan rasa kesedihan atas tragedi perahu karam di Sungai Sangan yang menyebabkan seorang penduduk masih hilang.

Pada masa sama, beliau turut memuji usaha Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tatau yang telah bekerja keras dalam menguruskan keadaan pasca-banjir.

Sementara itu, Pegawai Daerah Tatau, Calvin Ligong mengesahkan beberapa operasi kecemasan sedang giat dijalankan.

Ia termasuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Sungai Sangan, pemindahan mangsa ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan penghantaran bantuan ke kawasan terjejas seperti Sungai Serupai.

Selain itu, beberapa kejadian tanah runtuh dilaporkan, khususnya di Jalan Tekalit, yang kini sedang dibaiki oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: PBSMM sumbang 95 guni pakaian terpakai, dua kotak pelitup muka kepada mangsa banjir
Next: Pembersihan pasca banjir dipergiat di Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.