Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Banjir kilat tidak gugat semangat penduduk jayakan Majlis Makan Tahun 2025
  • TEMPATAN

Banjir kilat tidak gugat semangat penduduk jayakan Majlis Makan Tahun 2025

Utusan Sarawak 19 hours ago
PENDUDUK kampung yang sedang giat melakukan persiapan Majlis Makan Tahun 2025 petang tadi. Foto: Adum Liu

BEKENU: Banjir kilat melanda ketika penduduk Kampung Lubok Buinih, Tiris sedang sibuk memasak menggunakan kayu api pada 3.00 petang tadi sebagai persiapan Majlis Makan Tahun 2025 yang bakal diadakan esok.

Ketua Kampung (KK) Illis Rahsid ketika ditemui hari ini berkata, kejadian banjir kilat berpunca daripada air sungai yang pasang dan hujan lebat pagi tadi.

“Banjir kila yang kita lihat di sekitar teratak Majlis Makan Tahun, mulai meninggi pada 3.00 petang.

“Walaupun kejadian banjir kilat, ia tidak mematahkan semangat penduduk kampung untuk terus memasak pelbagai hidangan bagi menjayakan Majlis Makan Tahun yang akan diadakan esok.

“Kami telah mulakan kerja gotong-royong pada 3.00 pagi semasa keadaan masih gelap dan akan diteruskan malam ini sehingga siap memasak,” katanya.

PENDUDUK kampung yang sedang giat melakukan persiapan Majlis Makan Tahun 2025 petang tadi. Foto: Adum Liu

Turut hadir melawat dan meninjau keadaan banjir kilat , Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak William Changgan bersama Pegawai Khas Pusat Khidmat Bekenu bekas Kaunselor, Sulaiman Ahmad.

Tambahnya, penyediaan dan memasak dalam keadaan banjir ini merupakan pengalaman pertama warga kampung.

“Saya berharap keadaan banjir kilat ini akan surut bagi memudahkan urusan Majlis Makan Tahun esok kerana orang ramai akan berkunjung ke sini untuk menikmati masakan kampung.

“Majlis Makan Tahun 2025 ini diadakan pada setiap tahun oleh masyarakat berbangsa Kedayan selepas selesai menuai padi dan tanda kesyukuran penduduk kampung,” jelasnya lagi.

Sehubungan itu, tinjauan wartawan Utusan Sarawak di sini sangat senang berkomunikasi kerana penduduknya yang berbangsa Kedayan mahir bertutur bahasa Iban.

Oleh Adum Liu

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Festival Gastronomi Nyamai Sarawak 2025 sokong pelancongan mampan, hijau
Next: Lapangan terbang Tanjung Manis akan dinaik taraf, pesawat lebih besar boleh mendarat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.