Banjir kilat: Sebuah PPS dibuka di Kuching

Facebook
WhatsApp
PPS Dewan Sungai Bedaun diaktifkan bermula 10.30 malam tadi apabila 12 kediaman di Kampung Sungai Bedaun, Samariang terjejas akibat banjir. Foto Ihsan APM

KUCHING: Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Kampung Sungai Berdaun telah dibuka sejak malam tadi berikutan hujan berpanjangan yang menyebabkan banjir kilat di kawasan itu.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, seramai 68 mangsa daripada 14 keluarga telah dipindahkan ke PPS yang dibuka pada 12.30 tengah malam tadi.

“Mangsa terdiri daripada lima bayi, tiga Orang Kurang Upaya (OKU), dan empat warga emas,” menurut kenyataan tersebut hari ini.

Setakat 10.00 pagi ini, JPBN Sarawak memaklumkan bahawa paras air di Kampung Sungai Berdaun telah surut dan tiada pemindahan tambahan ke PPS. – Bernama