Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Banjir kilat ragut tiga nyawa, lima hilang di Timur Indonesia
  • GLOBAL

Banjir kilat ragut tiga nyawa, lima hilang di Timur Indonesia

Utusan Sarawak 1 day ago

PENDUDUK yang terjejas banjir melihat dan membersihkan serpihan di kawasan kejiranan mereka berikutan hujan lebat di Denpasar, pulau Bali di Indonesia, pada 10 September 2025. Foto AFP

JAKARTA: Lima orang masih hilang pada Rabu selepas banjir kilat melanda beberapa kampung di wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia, mengorbankan tiga orang dan mencederakan dua yang lain, menurut pihak berkuasa.

Bencana itu berlaku pada Isnin di daerah Mauponggo, wilayah Nagekeo, menyebabkan 18 kampung terputus akses jalan, bekalan elektrik dan rangkaian komunikasi.

“Keadaan cuaca yang tidak menentu serta timbunan besar sisa runtuhan yang dibawa arus banjir masih menjadi cabaran utama bagi pasukan mencari dan menyelamat,” kata jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB), Abdul Muhari dalam satu kenyataan.

Pihak berkuasa tempatan telah menubuhkan pusat penempatan sementara di Mauponggo bagi menempatkan 30 penduduk yang dipindahkan.

Agensi Pengurusan Bencana Nagekeo memaklumkan usaha sedang dijalankan untuk membuka semula laluan ke kawasan terjejas ketika operasi kecemasan memasuki hari ketiga.– Bernama

Continue Reading

Previous: Perdana Menteri Nepal letak jawatan selepas protes ganas
Next: Kopi dan gua, cara ‘Healing’ rakyat China

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.