Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Banjir kilat: Penduduk rayu selesaikan segera isu perparitan
  • WILAYAH

Banjir kilat: Penduduk rayu selesaikan segera isu perparitan

Utusan Sarawak 2 years ago
Takungan air di Jalan Utama Townvilla C Sibujaya ketika dilanda banjir kilat.

SIBU: Masalah sistem perparitan dan saliran tidak terancang dipercayai punca banjir kilat yang kerap melanda sekitar kawasan Townvilla C Sibujaya, sekali gus meresahkan penduduk di situ setiap kali hujan lebat berlaku.

Penduduk mendakwa banjir kilat berulang kali berlaku itu berpunca daripada perparitan yang kecil dan sempit menyebabkan air takungan melimpah dan terperangkap di kawasan perumahan itu terutama ketika hujan lebat.  

Seorang penduduk Ricky Win, 47, berkata, longkang terbabit tidak tersumbat, sebaliknya terlalu cetek dan kecil untuk menampung isipadu air ketika hujan lebat.

“Satu-satunya penyelesaian ialah pembinaan longkang yang lebih besar dan dalam.

“Itu sahaja cara untuk menyelamatkan kami daripada banjir kilat,” katanya.

Menurutnya, mereka terpaksa menanggung kerugian besar apabila rumah ditenggelami air mengakibatkan kerosakan kediaman dan harta benda.

“Setiap kali hujan lebat, kawasan ini akan dilanda banjir. Penduduk yang tidak mempunyai masa untuk memindahkan kenderaan mereka akan mengalami kerosakan dan kehilangan kenderaan.

“Air hujan yang bertakung didapati tidak mengalir keluar atau surut,” tambah Ricky.

Berkongsi masalah sama, Jenny Wong, 40, yang mengibaratkan taman perumahan mereka sebagai kawasan tadahan banjir kerana masalah saliran yang tidak teratur itu.

“Permukaan tanah tenggelam juga faktor utama banjir berlaku di sini,” kata Jenny.

Tambah Jenny, pihaknya sudah memaklumkan kepada pihak yang prihatin mengenai banjir ini namun hanya 20 lori batu yang diberikan.

“Sudah berapa kali kita maklumkan kepada pihak yang prihatin memandangkan Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (SRDC) juga Jabatan Pemaju Perumahan tetapi kita hanya diberi 20 lori batu.

“Sekarang ini, kami memerlukan sekurang-kurangnya 30 lori batu lagi supaya permukaan tanah yang tenggelam ini dapat ditutup dan secara tidak langsung banjir dapat dikurangkan,” tegas Jenny.

Lawrence Keroh, 50, turut menggesa keprihatinan pihak bertanggungjawab agar memberi perhatian terhadap masalah yang dihadapi.

“Saya berharap pihak prihatin memberi perhatian terhadap masalah kami.

“Kami telah menghadapi ini selama beberapa dekad. Saya menggesa mereka turun padang untuk melihat sendiri keadaan di sini.

“Mereka (pihak yang prihatin) harus memperbaiki sistem perparitan terlebih dahulu kerana air bertakung dalam longkang boleh menyebabkan berlakunya banjir,” tambah Lawrence.

Sehubungan itu, mewakili suara penduduk, mereka merayu pihak berwajib terutamanya Majlis Daerah Luar Bandar Sibu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan pemaju perumahan Sibujaya segera menyelesaikan isu perparitan yang menyebabkan kediaman mereka sering dilanda banjir kilat.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: 2,000 orang wakili 60 kontinjen sertai perarakan di Sibu  
Next: 164 pelajar lanjutkan pelajaran terima sumbangan kewangan ADUN Kuala Rajang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.