Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Banjir kilat di Pasar Saratok berada dalam keadaan terkawal 
  • Tengah
  • WILAYAH

Banjir kilat di Pasar Saratok berada dalam keadaan terkawal 

Utusan Sarawak 2 days ago

ANGGOTA APM Saratok sedang melakukan pemantauan banjir kilat di Pasar Saratok, pagi ini. Foto APM Saratok

SARATOK: Hujan lebat yang melanda sejak awal pagi ini menyebabkan berlaku limpahan air di kawasan Pasar Saratok, namun keadaan dilaporkan terkawal selepas pemantauan dilakukan oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Saratok.

Menurut Pegawai APM Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu berkata tiga anggota telah digerakkan ke lokasi hotspot banjir kilat bagi menjalankan pemantauan seawal 8.39 pagi.

“Hasil pemantauan mendapati jalan utama menuju ke pasar dinaiki air sedalam 0.10 inci berpunca daripada hujan berterusan dan sistem perparitan yang tersumbat. 

“Tiada kedai atau premis perniagaan dilaporkan terjejas,” katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

FOTO APM Saratok.

Beliau berkata, walaupun terdapat sedikit limpahan air, jalan tersebut masih boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan dan tiada kejadian tidak diingini dilaporkan.

“Paras air kini menunjukkan trend menurun dan keadaan berada dalam kawalan. Pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa sekiranya hujan berterusan,” ujarnya lagi.

Tiga anggota yang terlibat dalam pemantauan tersebut ialah PBT Jeffery Kedit Kayan, PBT Holleyness Alek dan PBT Domsen Enggul Mota dilengkapi dengan kelengkapan seperti penyukat boleh laras, kasut but kuning dan baju hujan bagi memastikan operasi dijalankan dengan selamat.

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati semasa memandu dalam cuaca hujan dan segera menghubungi talian kecemasan MERS 999 atau PKOD Saratok (083-436094) bagi sebarang kecemasan atau maklumat lanjut.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: KPDN Sarawak periksa 112,404 premis sejak awal tahun
Next: 308 pegawai KPDN dikerah pantau harga dan bekalan sempena Deepavali

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.