Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Banjir kilat di Bali, Indonesia ragut dua nyawa, dua lagi hilang
  • GLOBAL

Banjir kilat di Bali, Indonesia ragut dua nyawa, dua lagi hilang

Utusan Sarawak 3 weeks ago
BANJIR kilat melanda pulau peranginan Bali di Indonesia, mengorbankan dua orang manakala dua lagi masih hilang.

JAKARTA: Banjir kilat melanda pulau peranginan Bali di Indonesia, mengorbankan dua orang manakala dua lagi masih hilang, lapor agensi berita Jerman (dpa) yang memetik pihak berkuasa, hari ini.

Banjir itu bermula lewat Jumaat malam di daerah Buleleng selepas hujan lebat melanda kawasan berkenaan, menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana. 

Menurut agensi itu, arus deras menghanyutkan lapan penduduk. Dua daripadanya ditemukan maut pada Sabtu manakala dua lagi masih hilang.

Operasi mencari dan menyelamat bagi mengesan penduduk yang hilang masih diteruskan.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG) memberi amaran bahawa Bali dijangka mengalami hujan sederhana hingga lebat yang disertai kilat dan angin kencang dalam tempoh dua hari akan datang.

Keadaan itu boleh meningkatkan risiko banjir dan tanah runtuh, khususnya di kawasan berbukit dan lembangan sungai, katanya.

-Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Aidilfitri jatuh pada Jumaat, 20 Mac di UAE — SAASST
Next: UAE keluarkan amaran misil: Lapangan terbang sambung operasi terhad

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.