Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Banjir: Jumlah mangsa dipindah ke PPS Dewan SMK Tatau meningkat malam ini
  • WILAYAH

Banjir: Jumlah mangsa dipindah ke PPS Dewan SMK Tatau meningkat malam ini

Utusan Sarawak 3 months ago

Keadaan di PPS Dewan SMK Tatau, yang kini menempatkan 155 mangsa daripada 45 keluarga dari Kampung Dagang, Tatau.

TATAU: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan SMK Tatau terus meningkat apabila seramai 155 mangsa daripada 45 ketua isi rumah (KIR) dari Kampung Dagang telah dipindahkan setakat jam 6.05 petang tadi.

PPS Dewan SMK Tatau telah diumumkan dibuka pada jam 11.00 pagi hari ini oleh Pegawai Daerah Tatau, Calvin Ligong yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tatau berikutan keadaan banjir yang semakin memburuk.  

Beberapa agensi berkaitan, termasuk Pejabat Daerah Tatau, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan RELA turut berada di PPS bagi memastikan kelancaran operasi pemindahan serta kebajikan mangsa terjamin.  

Sementara itu, pihak berkuasa akan terus memantau keadaan dan menyalurkan bantuan sewajarnya kepada mangsa banjir yang terjejas.  

Penduduk yang masih berada di kawasan rendah dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan bersedia berpindah sekiranya keadaan semakin buruk.  

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Banjir: Bekalan makanan, akses jalan ke UPM Bintulu terputus
Next: ADUN Tanjong Batu turun bantu mangsa banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.