Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Banjir Hat Yai: Operasi pemindahan pelajar, pensyarah UUM dijangka pagi ini
  • NASIONAL

Banjir Hat Yai: Operasi pemindahan pelajar, pensyarah UUM dijangka pagi ini

Utusan Sarawak 2 hours ago
OPERASI bawa pulang pelajar UUM di Hatyai akan dijalankan dengan bantuan konsulat dan NGO, selepas arus deras menghalang penghantaran bantuan hari ini. Foto UUM

ALOR SETAR: Operasi pemindahan 36 pelajar dan empat pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) yang terkandas banjir di Hat Yai, Thailand akan dilaksanakan pagi ini.

Menerusi hantaran di Facebook, UUM memaklumkan perkara itu akan dilaksanakan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla dengan bantuan badan bukan kerajaan (NGO).

“Marilah sama-sama kita berdoa, agar perkara ini dapat dilaksanakan esok (hari ini),” menurut hantaran itu.

FOTO udara yang diambil pada 26 November 2025 ini menunjukkan air banjir menenggelami kenderaan di Hat Yai, di wilayah Songkhla di selatan Thailand, ketika banjir besar menjejaskan ribuan penduduk di selatan negara itu selepas beberapa hari hujan lebat. Puluhan ribu orang di Thailand dan negara jiran Malaysia telah dipindahkan akibat banjir besar, dengan jalan-jalan ditenggelami air, rumah-rumah dinaiki air dan sekurang-kurangnya 34 maut, menurut pegawai pada 26 November. Foto AFP


Menurut UUM, sebelum ini usaha telah dilakukan melalui bantuan NGO dengan mengerakkan 12 bot untuk memberikan bantuan makanan dan keperluan asas kepada pelajar dan pensyarah yang terlibat di Hotel Wangburapa Grand.

Bagaimanapun, arus terlalu laju menyebabkan bot berkenaan berpatah balik.

UUM memaklumkan berbanding di tempat lain, hotel kediaman pelajar terbabit terletak berdekatan dengan sungai dan paras air telah melebihi satu tingkat hotel berkenaan.

Menurut UUM, keadaan itu tidak memungkinkan kenderaan sama ada kereta atau lori untuk sampai ke hotel tersebut.

Kesemua pelajar dan pensyarah terlibat adalah daripada Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM) terkandas sejak 22 November lepas, ketika menyertai Program Pertukaran Budaya Thai-MYS 2025.- Bernama

Continue Reading

Previous: Siti Nurhaliza terima anugerah khas ‘Lifetime Achievement Award’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.