Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Banjir di Vietnam ragut 68 nyawa, kerugian ekonomi melebihi AS$340 juta
  • GLOBAL

Banjir di Vietnam ragut 68 nyawa, kerugian ekonomi melebihi AS$340 juta

Utusan Sarawak 11 mins ago
FOTO udara ini menunjukkan orang ramai meredah air banjir di Phan Rang di wilayah Khanh Hoa, selatan Vietnam pada 21 November 2025. Para penyelamat bergegas mencari lebih daripada sedozen orang yang masih hilang pada 22 November selepas seminggu banjir besar di Vietnam, di mana pihak berkuasa berkata sekurang-kurangnya 55 orang telah meninggal dunia. (Foto oleh Bao Quan / AFP)


HANOI: Banjir yang melanda kawasan tengah dan Wilayah Tanah Tinggi Tengah Vietnam menyebabkan 68 orang sama ada maut atau hilang, dengan anggaran awal kerugian ekonomi mencecah lebih VND8.98 trilion (lebih AS$340 juta), lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Setakat 6 pagi Sabtu, bencana itu telah meragut 55 nyawa dan menyebabkan 13 orang lagi hilang, meningkat 13 orang berbanding hari sebelumnya, menurut laporan terbaharu  Jabatan Pengurusan Bencana dan Pengurusan Daik Vietnam (VDDMA) di bawah Kementerian Pertanian dan Alam Sekitar.

Kemusnahan ekonomi akibat banjir besar itu amat ketara dan terus meningkat, apabila jumlah kerugian kini melonjak tiga kali ganda daripada US$114 juta pada Jumaat kepada lebih US$340 juta pada hari ini.

Kerugian sektor pertanian adalah teruk, dengan 79,908 hektar tanaman padi dan tanaman lain terjejas manakala 100,014 hektar tanaman tahunan dan tanaman saka rosak. Dianggarkan 3.24 juta ternakan dan ayam itik mati atau hanyut selain 1,157 hektar kawasan akuakultur turut terjejas.

Infrastruktur pengangkutan juga mengalami kerosakan teruk. Sebanyak 16 lokasi di sepanjang lebuh raya kebangsaan dan 180 lokasi di jalan raya wilayah serta jalan antara komuniti terus dinaiki air atau terhalang oleh tanah runtuh.

Perkhidmatan kereta api turut terganggu, dengan lapan tren penumpang dihentikan pada Jumaat (21 November) dan enam lagi dibatalkan pada Sabtu.

Bekalan elektrik masih terputus, menjejaskan 377,002 pengguna di seluruh kawasan terjejas.

Pihak berkuasa memberi amaran bahawa hujan dan banjir dijangka terus rumit dan boleh bertambah buruk. Kerajaan tempatan sedang meneruskan penilaian kerosakan dan menyelaraskan usaha pemulihan.- Bernama-VNA/VNS

Continue Reading

Previous: 80,000 telefon bimbit dirampas di penjara Perancis pada 2024

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.