Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Banjir di Selangau: Dua wanita OKU dipindahkan ke PPS
  • WILAYAH

Banjir di Selangau: Dua wanita OKU dipindahkan ke PPS

Utusan Sarawak 20 hours ago
PASUKAN penyelamat memindahkan dua wanita OKU di Rh Janting ke PPS SK Bukit Arip, Selangau, petang tadi. Foto BBP Tatau

SELANGAU: Dua wanita orang kurang upaya (OKU) diselamatkan oleh anggota bomba selepas kediaman mereka Rumah (Rh) Janting dinaiki air, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memberitahu, dua mangsa itu dipindahkan oleh pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau menggunakan bot menyelamat pada 5.20 petang.

“Kedua-dua mangsa telah tiba dengan selamat di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Arip pada 5.43 petang,” katanya menerusi kenyataan, sebentar tadi.

Terdahulu, pasukan penyelamat BBP Tatau diketuai oleh PBK II Mumin Anda dengan kekuatan lima anggota menjalankan pemantauan di sekitar Sungai Arip iaitu Rh Jimbai, Rh Janting dan Rh David.

Banjir dilaporkan berlaku di kawasan tersebut menyebabkan jalan terputus setinggi tiga kaki dan memasuki beberapa kediaman penduduk sekitar. 

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Inisiatif gunting rambut percuma ringankan kos persiapan sekolah 
Next: Operasi penghantaran bekalan makanan mangsa banjir berjalan lancar di Pantu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.