Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Banjir di Sarawak semakin pulih, jumlah mangsa di Sabah catat sedikit peningkatan
  • NASIONAL

Banjir di Sarawak semakin pulih, jumlah mangsa di Sabah catat sedikit peningkatan

Utusan Sarawak 1 day ago
MENTERI Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Datuk Ruslan Muharam menaiki sampan ketika meninjau serta berjumpa penduduk yang terjejas akibat banjir di Kampung Tamalang Along hari ini. Beberapa kawasan rumah di kampung itu masih digenangi air susulan hujan lebat yang berlaku dua hari lalu di daerah ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR:  Situasi banjir di Sarawak semakin pulih manakala Sabah mencatatkan sedikit peningkatan jumlah mangsa setakat 8.00 pagi tadi.

Di Sarawak, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Bekenu, Miri berkurangan kepada 135 orang daripada 46 keluarga berbanding 185 orang daripada 54 keluarga pada 4.00 petang semalam.

Sementara itu, Sabah menyaksikan sedikit peningkatan jumlah mangsa banjir di daerah Beaufort dan Tenom kepada 1,224 orang daripada 433 keluarga pagi ini berbanding 1,206 orang daripada 425 keluarga petang semalam.

Sekretariat JPBN Sabah memaklumkan bencana itu menjejaskan penduduk di sembilan kampung di Beaufort dan lima kampung di Tenom.

Menurut kenyataan itu, Beaufort merekodkan 661 mangsa banjir daripada 223 keluarga manakala di Tenom, seramai 563 orang daripada 210 keluarga terjejas.

Sebanyak lapan PPS dan satu pusat pemindahan kekal (PPK) kini beroperasi di kedua-dua daerah bagi menempatkan semua mangsa yang terjejas. – Bernama

Continue Reading

Previous: Ancaman buaya ketika banjir paksa penduduk berpindah ke PPS
Next: Kewarganegaraan automatik anak lahir di luar negara kuat kuasa Jun atau Julai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.