Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Banjir di Sarawak mereda, Sabah pulih sepenuhnya
  • NASIONAL

Banjir di Sarawak mereda, Sabah pulih sepenuhnya

Utusan Sarawak 3 days ago

JAWATANKUASA Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan sebanyak 14 mangsa daripada empat keluarga telah kembali ke kediaman masing-masing petang semalam.

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Sarawak semakin pulih dengan hanya tinggal dua mangsa daripada satu keluarga yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Suarah Marudi, Miri pada 7.00 pagi tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan sebanyak 14 mangsa daripada empat keluarga telah kembali ke kediaman masing-masing petang semalam.

Sementara itu, banjir di Sabah pulih sepenuhnya petang semalam, dengan semua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Bagaimanapun, JPBN Sabah memaklumkan 82 mangsa daripada 20 keluarga masih berlindung di PPS Dewan Kampung Gawir, daerah Penampang, berikutan tanah runtuh.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi meramalkan berlaku ribut petir di beberapa tempat di Sabah pada pagi hingga lewat malam ini.- Bernama

Continue Reading

Previous: Sultan Pahang kurnia sumbangan kepada waris anggota TUDM lemas di Padawan 
Next: JPN, MoF integrasi sistem elak MyKad hilang disalah guna tebus bantuan kerajaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.