Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Banjir di Rumah Senabong masih terkawal, tiada pemindahan penduduk
  • WILAYAH

Banjir di Rumah Senabong masih terkawal, tiada pemindahan penduduk

Utusan Sarawak 18 hours ago
LOKASI TERJEJAS… Hasil pemantauan mendapati paras air di Rumah Senabong dianggarkan setinggi enam kaki ketika rondaan dijalankan, awal pagi tadi. Foto JBPM Sibu

SELANGAU: Keadaan banjir di Rumah Senabong, Jalan Sibu–Bintulu masih terkawal setakat awal pagi tadi, dengan tiada pemindahan penduduk dilakukan setakat 3.40 pagi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau telah melaksanakan rondaan Monsun Timur Laut (MTL) serta pemantauan di kawasan berisiko banjir bermula 2.35 pagi.

“Rondaan melibatkan lima anggota bersama jentera dan tertumpu di lokasi terjejas iaitu Rumah Senabong. Hasil pemantauan mendapati paras air dianggarkan setinggi enam kaki ketika rondaan dijalankan.

“Bagaimanapun, tiada pemindahan mangsa dilakukan dan pemantauan masih diteruskan oleh pasukan bertugas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, trend paras air dilaporkan beransur surut walaupun keadaan cuaca semasa rondaan adalah hujan lebat.

“Setakat ini tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka dan pihak bomba akan terus menjalankan pemantauan rapi serta berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan,” ujarnya.

Beliau turut menasihatkan penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan berhampiran sungai sulaya sentiasa berwaspada serta mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya keadaan cuaca bertambah buruk.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Paras air rendah, keadaan laluan di Sibu masih terkawal
Next: APM Mukah pantau kawasan berisiko susulan hujan berterusan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.