Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Banjir di Limbang beransur pulih, banyak jalan boleh dilalui semua kenderaan
  • Utara
  • WILAYAH


Banjir di Limbang beransur pulih, banyak jalan boleh dilalui semua kenderaan

Utusan Sarawak 4 hours ago
SITUASI banjir kilat semalam.

LIMBANG: Banjir kilat yang melanda Limbang pada tengah malam semalam dilaporkan beransur pulih apabila beberapa jalan utama yang sebelum ini dinaiki air kini boleh dilalui kenderaan pagi tadi.

Ketua Zon Tujuh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Limbang, Ramlan Marajan, berkata paras air semakin surut dan kebanyakan jalan utama yang dinaiki air sebelum ini kini kembali boleh digunakan.


KEADAAN SELAMAT…
Kawasan jalan utama bandar Limbang semakin pulih daripada banjir sejak 7.00 pagi tadi.

“Tiada pemindahan dilakukan dan tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka setakat ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, bandar Limbang dilanda banjir susulan hujan lebat semalam yang menyebabkan beberapa jalan terputus dan tidak dapat dilalui kenderaan.

Antara kawasan yang terjejas teruk termasuk jalan menuju Kampung Bunga Raya, perumahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang, kawasan Masjid Baitul Iman, Jalan Penapak dan Hospital Limbang, Taman Damai, Limbang Housing, Jalan Kubong serta kawasan kedai dan sekolah di bandar Limbang.

KAWASAN BERISIKO… Anggota Bomba memantau keadaan cerun dibelakang bangunan PNK Limbang yang berisiko berlaku pergerakan tanah.

Ramlan turut memaklumkan pihaknya mengesan kejadian tanah susur di belakang bangunan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Limbang.
“Hasil pemantauan didapati air masih mengalir di tempat tanah susur dan keadaan sangat merbahaya kerana tanah susur bila-bila boleh berlaku,” jelasnya.

Sehubungan itu, orang awam yang berada berhampiran kawasan berkenaan dinasihati supaya sentiasa berwaspada dan segera berpindah sekiranya terdapat sebarang pergerakan tanah.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Utara

Continue Reading

Previous: Peniaga Pasar Ramadan Batu Niah perlu kekalkan kebersihan
Next: Taman Negara Terumbu Karang Miri–Sibuti dibuka semula kepada orang awam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.