Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Banjir di Kuching: 38 mangsa dipindahkan ke dua PPS
  • SEMASA

Banjir di Kuching: 38 mangsa dipindahkan ke dua PPS

Utusan Sarawak 4 hours ago
INFOGRAFIK bencana banjir di Sarawak terkini setakat jam 3 petang ini. Foto: APM Sarawak

KUCHING: Seramai 38 mangsa daripada tujuh ketua isi rumah (KIR) dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan kejadian banjir yang melanda beberapa kawasan di Bahagian Kuching, hari ini.

Menurut infografik Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sarawak, setakat jam 3.00 petang, dua PPS telah diaktifkan bagi menempatkan mangsa yang terjejas akibat bencana tersebut.

Dua PPS yang dibuka ialah di Dewan R-Piang dan Dewan Stapok bagi menempatkan penduduk yang terjejas akibat banjir di kawasan berkenaan.

APM Sarawak memaklumkan bahawa PPS di Dewan R-Piang mula dibuka 11.45 pagi bagi menempatkan mangsa dari Kampung Sinar Budi Baru.

Seramai tujuh ketua isi rumah yang melibatkan 38 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan berkenaan bagi memastikan keselamatan mereka terjamin.

Sementara itu, PPS di Dewan Stapok pula dibuka 1.30 petang bagi menempatkan mangsa dari kawasan sekitar yang turut terjejas.

Setakat ini, hanya satu bahagian dan satu daerah di Sarawak dilaporkan terjejas akibat banjir iaitu di Kuching.

Trend pemindahan mangsa juga dilaporkan meningkat berikutan keadaan air yang masih belum surut di beberapa kawasan terjejas.

Pihak APM Sarawak bersama agensi berkaitan terus memantau situasi semasa bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin.

Orang ramai di kawasan terjejas dinasihatkan agar sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa dan bersedia untuk berpindah sekiranya keadaan banjir bertambah buruk.

Oleh Adi Safarman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Amaran hujan tahap buruk, waspada di Sabah dan Sarawak hingga esok
Next: 23 barangan di Miri, Marudi di bawah skim harga maksimum Aidilfitri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.