Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Banjir di Kanowit: 77 mangsa masih di PPS
  • WILAYAH

Banjir di Kanowit: 77 mangsa masih di PPS

Utusan Sarawak 2 years ago

Setakat 3.15 petang, malam tadi, 91 penduduk dari tiga rumah panjang di Sungai Ngemah telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Nanga Ngungun selepas kediaman mereka dinaiki air. Setakat pagi ini, hanya 77 orang daripada 31 keluarga yang masih ditempatkan di PPS berkenaan.

SIBU: Seramai 77 orang daripada 31 keluarga dari rumah panjang di Kanowit dekat sini yang terjejas banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna JKKK Ngungun pagi ini.

Jumlah itu telah menurun daripada 91 orang semasa pusat itu dibuka pada 1.30 tengah hari, semalam.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, mereka yang terjejas terdiri daripada penduduk Rumah Nyalong Indet dan Rumah Suzusie Lily Jenau di Nanga Baloh serta Rumah Langong di Nanga Bat yang ketiga-tiganya terletak di tepian Sungai Ngemah.

Banjir tersebut dikatakan berlaku semalam apabila hujan turun tanpa henti sejak awal Sabtu lepas di kawasan Ulu Ngemah.

Pada masa ini trend air adalah menurun. – Bernama

Continue Reading

Previous: Lindungi Bumi, tujuh PBT sertai  Hari Bumi Sedunia 2023 esok
Next: Tahan sakit hampir dua jam kaki tersepit lubang tandas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.