Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Banjir di Hatyai: 310 warga Malaysia dibawa keluar pasukan sukarelawan Malaysia
  • NASIONAL

Banjir di Hatyai: 310 warga Malaysia dibawa keluar pasukan sukarelawan Malaysia

Utusan Sarawak 2 hours ago
FOTO udara yang diambil pada 25 November 2025 ini menunjukkan kenderaan diparkir di atas jalan tinggi bagi mengelakkannya daripada ditenggelami air banjir di Hat Yai, wilayah Songkhla di selatan Thailand, ketika banjir besar menjejaskan ribuan penduduk di selatan negara itu selepas beberapa hari hujan lebat. Foto AFP

ALOR SETAR: Sebanyak 310 warga Malaysia yang terkandas akibat banjir di Hatyai, Thailand sedang dibawa keluar dari bandar itu dengan bantuan pasukan sukarelawan Malaysia.

Pengerusi Pasukan Bomba Sukarela Sungai Petani Leong Beng Tat berkata kesemua mereka menaiki tiga treler dan dibawa ke bandar Danok berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.

“Bagaimanapun, perjalanan kami agak perlahan kerana ramai penumpang dan keadaan jalan yang masih ditenggelami banjir di beberapa kawasan.

“Selepas menghantar warga Malaysia itu ke Danok, treler berkenaan akan kembali semula ke Hatyai untuk mengambil rakyat Malaysia yang lain, perjalanan ulang-alik ini mengambil masa empat jam,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

ORANG ramai meredah air banjir sementara penduduk dipindahkan dengan menaiki bot di Hat Yai, wilayah Songkhla di selatan Thailand pada 25 November 2025, ketika banjir besar menjejaskan ribuan penduduk di selatan negara itu selepas beberapa hari hujan lebat. Foto AFP

Beliau berkata pagi tadi pihaknya menerima lebih 1,000 panggilan telefon daripada warga Malaysia meminta bantuan untuk memindahkan mereka atau membawa mereka keluar dari kawasan banjir.

Leong berkata keadaan banjir di Hatyai masih kritikal dengan paras air di sesetengah kawasan mencecah 1.5 meter dan menyukarkan operasi menyelamat warga Malaysia yang terkandas.

Beliau berkata misi membawa pulang warga Malaysia akan diteruskan sehingga selesai walaupun pihaknya berdepan pelbagai cabaran.

“Kita ada 30 sukarelawan dan bawa bersama 10 kenderaan serta lapan bot, kita akan cuba bawa semua yang terkandas keluar dari Hatyai. Ada yang mengadu tidak mendapat makanan dan sebagainya, kita juga berasa sedih,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: RUU Antibuli dibentang di Dewan Rakyat 1 Disember ini – Azalina
Next: Batik Air tambah dua laluan baharu perkukuh hubungan Sabah–Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.