Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Banjir di Daro terkawal, tiada PPS dibuka
  • WILAYAH

Banjir di Daro terkawal, tiada PPS dibuka

Utusan Sarawak 2 days ago
SEKITAR pemantauan situasi banjir di Daerah Daro. Foto APM Daro

DARO: Paras air di beberapa kawasan berisiko banjir di Daerah Daro menunjukkan trend penurunan susulan pemantauan yang dijalankan Angkatan Pertahanan Awam (APM) petang ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Daro, Leftenan (PA) Ra’idah Jomi berkata pemantauan yang dilaksanakan dari 2.35 petang hingga 4.55 petang mendapati keadaan cuaca mendung, namun paras air di kebanyakan lokasi berada pada tahap terkawal dan menunjukkan trend surut.

Beliau berkata antara kawasan yang dipantau termasuk Surau Kampung Tengah, Kampung Lemang Pek, Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Daro serta beberapa zon di Kampung Pangtray.

“Paras air di Kampung Pangtray masih melimpah di atas jalan, namun menunjukkan penurunan secara berperingkat,” katanya dalam satu kenyataan.

SEKITAR pemantauan situasi banjir di Daerah Daro. Foto APM Daro

Menurut beliau, pihak APM turut menasihatkan orang awam agar memarkir kenderaan di kawasan yang selamat dan teratur sebagai langkah berjaga-jaga.

Beliau berkata setakat ini, jalan utama menuju ke Pekan Daro serta kawasan sekitar masih dalam keadaan selamat dan terkawal, selain tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

APM Daro akan terus memantau situasi banjir dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan penduduk setempat terjamin.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Operasi SAR hari pertama lelaki hilang di Engkilili belum temui sebarang petunjuk
Next: Lubang jalan di Jejambat Medan Jaya dibaiki segera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.