Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Banjir di Bintulu sudah surut
  • TEMPATAN

Banjir di Bintulu sudah surut

Utusan Sarawak 4 years ago
TERKAWAL… Keadaan air sungai telah surut dan dilaporkan dalam keadaan terkawal.

BINTULU: Keadaan banjir yang melanda dan menjejaskan beberapa kawasan perumahan di Bintulu sejak petang Jumaat lalu, kini kembali surut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu Christus Buson berkata, setakat petang semalam, aliran air dan sungai adalah dalam keadaan terkawal berikutan keadaan cuaca yang bertambah baik.

“Air telah surut dan terkawal khususnya melibatkan beberapa kawasan yang terjejas teruk akibat banjir sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan berkenaan situasi banjir di sini semalam.

Menurutnya, kawasan yang sudah terkawal tersebut termasuk di kawasan Bulatan Sungai Plan, Kidurong Avenue, Gem Park dan Taman Jason.

Bagaimanapun katanya, status terkini setakat petang semalam di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Muhibbah masih menempatkan seramai 44 mangsa dari 11 keluarga yang terjejas akibat banjir itu.

“Sehingga kini 44 mangsa banjir masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara. Kemungkinan dibenarkan balik setelah keadaan benar-benar terkawal,” katanya.

Oleh ELLIE EDWARD

Continue Reading

Previous: Warga rumah panjang Lugan Entassan B beralih kepada GPS
Next: Manfaatkan ilmu pengetahuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.