Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Banjir di Batu Niah: Jalan Penerangan tidak boleh dilalui, Jalan Sepupok masih selamat
  • WILAYAH

Banjir di Batu Niah: Jalan Penerangan tidak boleh dilalui, Jalan Sepupok masih selamat

Utusan Sarawak 6 hours ago
PANTAU… Anggota bomba dari BBP Batu Niah menjalankan pemantauan banjir di dua laluan utama sekitar Sepupok dan Batu Niah hari ini. Foto BBP Batu Niah

BATU NIAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) melalui Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah telah menjalankan pemantauan banjir di dua laluan utama sekitar Sepupok dan Batu Niah hari ini.

Ketua BBP Batu Niah, PBT II Rary Binjie berkata, pemantauan bermula pada 4.16 petang melibatkan Jalan Penerangan dan Jalan Sepupok susulan peningkatan paras air akibat hujan sebelum ini.

“Keadaan banjir di Jalan Penerangan paras air direkodkan sedalam kira-kira tiga kaki dengan trend air menunjukkan penurunan. Walau bagaimanapun, laluan berkenaan masih tidak dapat dilalui oleh kenderaan buat masa ini.

“Setakat pemantauan dijalankan, tiada pemindahan mangsa dilaporkan dan keadaan cuaca adalah baik,” katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, sementara itu, di Jalan Sepupok, paras air direkodkan setinggi kira-kira empat inci dan turut menunjukkan trend penurunan.

“Laluan tersebut masih boleh dilalui oleh kenderaan dan tiada keperluan untuk pemindahan mangsa setakat ini,” jelasnya lagi.

BBP Batu Niah akan terus menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan penduduk setempat, khususnya jika berlaku perubahan cuaca atau paras air.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Expo Viral Limbang 2025 rancakkan ekonomi tempatan
Next: Banjir Kampung Tanjung Belipat surut, laluan ke Kampung Kuala Tangap masih ditenggelami air

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.