Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Banjir di Baram: 2,111 mangsa terlibat di Marudi, Beluru dan Telang Usan
  • WILAYAH

Banjir di Baram: 2,111 mangsa terlibat di Marudi, Beluru dan Telang Usan

Utusan Sarawak 21 hours ago
KAWASAN SK Long Bemang Baram dengan ketinggian paras air 0.3 meter. Foto APM Telang Usan

BARAM: Seramai 2,111 mangsa banjir daripada tiga daerah, di sini yang melibatkan Daerah Marudi, Beluru dan Telang Usan sehingga petang semalam.

Pegawai Pertahanan daerah Marudi Lt. (PA) Mirwan Shah Masri berkata Angkatan Pertahanan Awam (APM) di ketiga-ketiga daerah giat melakukan pemantauan di beberapa lokasi yang dinaiki air.

Katanya, bagi Daerah Marudi 12 kawasan dinaiki air ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Pengelayan, SK Benawa, Sk Long Panai, Rumah (Rh) James Ansi, Kampung Sungai Buluh B, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tutoh Apoh, Kampung Cina (Jalan Ridan), Kampung Benawa, Rh Vincent Tanjung Upar, Rh Philip Tanjung Upar, Kampung Long Maro, Kampung Cina Lubok Nibong dan Kampung Long Panai.

BANJIR… Rumah Malaysia Sungai Tisam Bakong dengan ketinggian paras air 0.9 meter. Foto APM Beluru

Sementara itu, dua kawasan di Daerah Telang Usan yang terlibat dinaiki air ialah Kampung Long Bemang dan SK Long Bemang.

Daerah Beluru melibatkan lima kawasan iaitu Rumah (Rh) William Saba, Rh Dasu Sungai Tisam, Bukit Nyaming, Rh Keyai, Sungai Lutong Bakong, Rh Malaysia Sungai Tisam Bakong dan Rh Adin Sungai Kelabit Bakong.

Beliau memberithu beberapa lokasi tersebut dinaiki air ekoran hujan lebat berterusan sejak 5 Januari lalu hingga ke hari ini dan limpahan air sungai pasang turut mengundang beberapa kawasan dinaiki air.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Banjir di Kampung Seduan Jaya, enam penduduk mohon dipindahkan
Next: Beberapa jalan utama di Miri mula dinaiki air susulan hujan berterusan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.