Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Banjir berulang, 319 penduduk dipindahkan ke 8 PPS seluruh negeri
  • TEMPATAN

Banjir berulang, 319 penduduk dipindahkan ke 8 PPS seluruh negeri

Utusan Sarawak 19 hours ago
Gambar sekitar banjir yang sedang melanda di beberapa kawasan ketika ini. – Foto APM

KUCHING: Hujan lebat berterusan sejak petang semalam menyebabkan beberapa kawasan di Sarawak dilanda banjir semula, sekali gus memaksa 319 penduduk daripada 93 keluarga dipindahkan ke lapan pusat pemindahan sementara (PPS) setakat ini.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Malaysia Sarawak antara daerah terjejas ialah Miri, Serian, Bau, Padawan dan Samarahan.

“Di Miri, PPS Dewan Serbaguna Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Berkenu menempatkan 80 mangsa daripada 30 keluarga.


“Di Bau pula, 94 mangsa daripada 20 keluarga ditempatkan di Dewan Serbaguna Kampung Bijuray Mongag, Krokong.

“Serian merekodkan 26 mangsa daripada enam keluarga yang dipindahkan ke PPS Balai Raya Kampung Betong Kanowit,”katanya.

Sementara itu, di Padawan, empat PPS diaktifkan iaitu Dewan Taman Duranda Emas dan Dewan Serbaguna Kampung Lintang Baru yang masih dalam proses pengemaskinian jumlah mangsa, selain Gereja St Peter Simpok yang menempatkan 15 mangsa daripada empat keluarga, serta Sekolah Kebangsaan (SK) Tanah Merah dengan 95 mangsa daripada 30 keluarga.

Di Samarahan, satu PPS diaktifkan di SK Endap, menempatkan sembilan mangsa daripada tiga keluarga.

Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di beberapa kawasan di Sarawak bermula hari ini hingga esok.

Kawasan terlibat bagi amaran tahap buruk ialah Kuching, Bau, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong, manakala amaran tahap waspada dikeluarkan bagi Lundu, Lubok Antu, Saratok, Kabong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Subis.

Orang ramai di kawasan terlibat dinasihatkan supaya berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Oleh Shahrul Qaizat 

Continue Reading

Previous: 130 mangsa banjir dipindahkan ke PPS Dewan Taman Duranda Emas
Next: Banjir MTL: 230 mangsa dipindahkan di Sarawak, PPS baharu dibuka di Siburan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.