Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Banjir Beluru: 1,557 mangsa di 17 rumah panjang terjejas setakat semalam
  • Utara
  • WILAYAH

Banjir Beluru: 1,557 mangsa di 17 rumah panjang terjejas setakat semalam

Utusan Sarawak 11 hours ago
KEADAAN  banjir di kawasan Rh Mathew Tiri Sg Mangka Seruas Bakong.

BELURU: Sebanyak 1,557 mangsa banjir daripada 17 kawasan rumah panjang termasuk dua sekolah rendah di daerah ini dilaporkan terjejas setakat semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Beluru yang juga Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Marudi, Lt. (PA) Mirwan Shah Masri, berkata hujan lebat berterusan bersama limpahan air sungai menyebabkan banyak kawasan rumah panjang dinaiki air.

PANTAU…Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Beluru memantau banjir di jalan Sg Bok Bakong

Antara rumah panjang yang terjejas ialah Rh William Saba, Rh Dasu Sg Tisam Bukit Nyaming, Rh Kenyai Sg Lutong Bakong, Rh Malaysia Sg Tisam, Rh Adin Sg Kelabit Bakong, Rh Sulutan Sg Seputi, Rh Sandom Sg Buri Bakong, Rh Rengking Sungai Buri Tengah Bakong, Rh Entri Sg Buri Beluru, Rh Limban Sg Buri Bakong, Rh Janggu Sungai Seputi, Rh Nazareth Melvin Rantau Segawa Sg Lutong Bakong, Rh Lembat Sg Sebindang Bok Lubok Pantu, Rh Kujat Lepong Ajai Liam Atas dan SK Sg Kelabit.

Beliau berkata, agihan melibatkan 319 pek makanan telah dilaksanakan bagi membantu mangsa terjejas.

Tegas beliau, APM Daerah Beluru akan terus mempergiat pemantauan di semua lokasi yang terjejas banjir bagi memastikan keselamatan penduduk.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: Tanah susur jejas laluan utama Rumah Patricia Sungai Bangkong Kabo
Next: Paras air di Serian meningkat, satu PPS dibuka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.