Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Banjir: Belum ada keperluan mohon peruntukan tambahan
  • TEMPATAN

Banjir: Belum ada keperluan mohon peruntukan tambahan

Utusan Sarawak 2 months ago
SEMARAK RAMADAN... Dato Sri Nancy Shukri menyantuni penerima bantuan semasa Program Sinar Syawal YKN 2025 di Kuching, hari ini.
-Foto UKAS

KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPKWM) tidak bercadang untuk memohon peruntukan tambahan bagi menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri-negeri yang terjejas dengan bencana tersebut ketika ini.

Menterinya, Dato Sri Nancy Shukri berkata bantuan keperluan asas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diletakkan di dalam depo simpanan seluruh negara setakat ini sudah mencukupi sekiranya bencana sedemikian berlaku secara tiba-tiba. 

“Setakat ini belum ada keperluan untuk peruntukan tambahan bagi banjir, dan sekiranya perlu kita akan bawa ke Kabinet atau saya mohon kepada Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan.

“Kita tidak boleh jangka bila waktunya bencana melanda, tapi kita memang sudah ada dana bantuan.. Jadi sebab itu bila tiba bencana yang tak dijangka macam sekarang, kita tak ada banyak masalah,” katanya dalam sidang media Program Sinar Syawal YKN 2025, hari ini.

Jumlah pegawai JKM yang bertugas di pusat pemindahan sementara (PPS) juga mencukupi, khususnya dalam menyambut Aidilfitri nanti. 

Beliau berkata, pegawai JKM yang tidak menyambut perayaan Hari Raya nanti akan bertugas di PPS yang ditetapkan.

“Saya juga masih belum menerima apa-apa laporan dari segi kekurangan pegawai di pusat pemindahan sementara (PPS)… kalau sebelum ini, sekiranya pegawai tambahan diperlukan kita akan hantar (pegawai) daripada negeri lain, negeri yang tidak menghadapi banjir, itu cara kita,” jelasnya. 

Setakat pagi tadi, situasi banjir di Johor, Sabah dan Sarawak menyaksikan jumlah keseluruhan mangsa yang ditempatkan di PPS mencatatkan penurunan kepada 8,274 orang, berbanding 9,218 petang semalam.

– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Unifor peruntuk RM140 juta sokong komuniti agama lain
Next: Program Jiwa@Komuniti MADANI serlahkan perpaduan Kampung Peninjau Baru

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.