Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Banjir Bekenu, mangsa terima bantuan segera
  • WILAYAH

Banjir Bekenu, mangsa terima bantuan segera

Utusan Sarawak 8 hours ago
TURUN PADANG… Datuk Rosey Yunus bersama JKM dan Petronas ketika melawat PPS SK Angus (Bekenu) pada menghantar bantuan bakul makanan malam tadi.

BEKENU: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Petronas sanggup turun padang lewat malam demi keselamatan rakyat.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus berkata, beliau bersama JKM dan Petronas telah turun ke kawasan banjir malam tadi di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Angus dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Suai untuk menghantar bantuan bakul makanan.

“Setakat ini di PPS SK Angus di Bekenu terdapat 17 ahli isi rumah dengan jumlah keseluruhan seramai 23 orang.

“Sementara itu, PPS SMK Suai di Niah sebanyak 48 ahli isi rumah dengan jumlah keseluruhan seramai 107 orang,” katanya ketika ditemui hari ini.

TURUN PADANG… Datuk Rosey Yunus bersama JKM dan Petronas ketika melawat PPS SMK Suai dalam usaha menghantar bantuan bakul makanan malam tadi.

Beliau yang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu menambah, banjir kilat di hari ketiga ini, banyak kawasan yang sudah surut.

“Tetapi ada kawasan di laut masih ada dalam sedikit, kerana ada pertembungan air surut dari hulu dengan pasang.

“Semalam tiada hujan dan ini mungkin mengurangkan kenaikan air di kawasan tertentu,” jelasnya lagi.

TURUN PADANG… Datuk Rosey Yunus bersama JKM dan Petronas ketika melawat PPS SMK Suai (Niah) dalam usaha menghantar bantuan bakul makanan malam tadi.

Hadir sama Pegawai Daerah Subis Norlila Ulis, Pemanca Dr Ali Mudin, pegawai Petronas dan ketua kaum setempat.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pelaporan projek di Bahagian Limbang perlu telus, format betul jadi keutamaan
Next: Batu Niah dilanda banjir, bekalan air terjejas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.