Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Banjir: Awang Tengah santuni mangsa di PPS
  • Utara
  • WILAYAH

Banjir: Awang Tengah santuni mangsa di PPS

Utusan Sarawak 2 months ago
HULUR SUMBANGAN… Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Dato Henry Sum Agong serta yang lain menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di PPS SK Lintang, hari ini.

LAWAS: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bersama Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong turun padang bagi menyantuni 169 mangsa banjir di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sekitar Trusan.

Lawatan tersebut dimulakan di PPS Dewan Masyarakat Trusan pada 11.30 pagi tadi dan turut menghulurkan sumbangan kepada 100 mangsa banjir. Sumbangan tersebut merupakan hasil bantuan Pusat Khidmat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bukit Sari, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Tabung Baitulmal Sarawak serta badan-badan kebajikan di Lawas.

Beliau kemudian bergerak ke PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Trusan, yang menempatkan 36 mangsa dan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Lintang (33 mangsa).

Pada masa sama, Awang Tengah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari turut memberi kata-kata semangat agar mangsa-mangsa banjir terus tabah berdepan dugaan, khususnya semasa Ramadan ini.

“Kita harus tabah dan menerima dugaan berat pada Ramadan ini. Walaupun di Lawas tidak berlaku hujan lebat, tetapi kejadian banjir di kawasan Ba’Kelalan telah menyebabkan limpahan air itu melimpah turun ke Sungai Trusan dan mengakibatkan banjir,” katanya semasa melawat PPS Dewan Masyarakat Trusan, hari ini.

BANJIR TERMENUNG… Paras air masih berada pada paras bahaya walaupun banjir di beberapa kawasan sudah mula surut. 

Pada perkembangan lain, pihak Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) telah diarahkan untuk memastikan bekalan air mencukupi bagi kegunaan umat Islam yang berpuasa.

Majlis Daerah Lawas turut diarahkan untuk menyediakan tandas bergerak serta ruang membersihkan diri untuk mangsa banjir di semua PPS.

Terdahulu, seramai 173 orang telah dipindahkan ke tiga PPS di Trusan malam tadi berikutan banjir yang melanda lapan kampung di Trusan.

Seramai 104 mangsa banjir ditempatkan di PPS Dewan Masyarakat Trusan, 36 mangsa di PPS SJKC Chung Hua manakala PPS SK Lintang menempatkan 33 mangsa.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di PPS Dewan Masyarakat Trusan telah berkurang kepada 100 orang selepas empat mangsa mendaftar keluar daripada PPS berkenaan, awal hari ini.

Setakat 2.00 petang, paras air Sungai Trusan masih berada di paras bahaya walaupun beberapa kawasan sudah mula surut.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sektor Pertanian BDDA luluskan 193 projek setakat Mac ini
Next: TGS teruskan tradisi Ramadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.