Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Banjir: ADUN Tanjung Batu seru lebih ramai sukarelawan
  • Tengah
  • WILAYAH

Banjir: ADUN Tanjung Batu seru lebih ramai sukarelawan

Utusan Sarawak 3 months ago

BINTULU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming menggesa pihak berwajib mencari penyelesaian segera agar semua mangsa mendapat tempat perlindungan yang selamat dan mencukupi.

Johnny berkata demikian menzahirkan kebimbangan mengenai kekurangan sukarelawan dan kakitangan yang masih menjadi cabaran utama dalam usaha pemindahan mangsa banjir di Stadium Muhibah yang kini telah mencapai kapasiti penuh.

“Stadium Muhibah kini menampung lebih daripada 1,000 orang, melebihi kapasiti sepatutnya.

“Keadaan ini menyebabkan ramai mangsa terpaksa menunggu lama untuk proses pendaftaran di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) tersebut,” katanya.

Justeru, beliau menyeru lebih ramai sukarelawan untuk tampil membantu.

“Kita tidak hanya mengharapkan sukarelawan terlatih, sesiapa sahaja yang mahu membantu boleh menyertai. Ini adalah masa untuk kita semua berganding bahu.

“Saya berharap agensi-agensi yang terlibat segera turun padang untuk membantu mempercepatkan proses ini.

“Ini adalah isu mendesak, kita perlu memastikan pendaftaran berjalan lancar tanpa mengabaikan prosedur yang betul,” katanya ketika ditemui semasa meninjau PPS Stadium Muhibbah dan PPS Dewan Suarah Bintulu, petang semalam.

Di sebalik cabaran ini, Johnny Pang turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menghulurkan bantuan, termasuk individu dan pemilik perniagaan yang sanggup berkorban masa walaupun dalam musim perayaan Tahun Baharu Cina (TBC).

“Saya amat berterima kasih kepada mereka yang turun padang membantu. Menyelamatkan nyawa adalah keutamaan kita,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan berita palsu di media sosial yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam situasi genting ini.

“Ini adalah bencana alam, bukan masa untuk mencari perhatian atau menyalahkan pihak lain. Apa yang penting sekarang ialah membantu, bukan untuk viral,” tegasnya.

Turut hadir, ADUN Jepak Iskandar Turkee, Residen Bahagian Bintulu Datu Nyurak Keti, Pegawai Daerah Bintulu Awang Mohammed Nizam Awang Ali Bolhan serta Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Bintulu Wan Kamaruddin Wan Ahmad.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Paras air sungai lebihi tahap bahaya, mangsa banjir di Daerah Tatau kini 207 orang
Next: Tun Wan Junaidi, isteri selamat tiba di Sibu untuk lawatan Tahun Baharu Cina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.