TERUK… Gambar bertarikh 18 April lalu menunjukkan orang ramai berjalan kaki melepasi penempatan tidak formal
jalan Kuari di luar Durban apabila hujan lebat dan tanah runtuh memusnahkan banyak rumah dan infrastruktur di Afrika Selatan.• Foto AFP
DURBAN: Hampir 90 orang masih hilang selepas dua bulan banjir terburuk yang melanda bandar ketiga terbesar, Durban dan kawasan sekitarnya di Afrika Selatan, mengorbankan ratusan orang, kata kerajaan pada Ahad lalu.
“Angka kematian akibat banjir dan tanah runtuh meningkat kepada 461 orang dengan 87 orang masih belum dapat dikesan,” kata Perdana Menteri Wilayah Tenggara KwaZulu-Natal, Sihle Zikalala kepada wartawan.
“Banjir itu menjejaskan 85,280 orang dengan 461 kematian. Seramai 87 orang masih dilaporkan hilang,” kata Zikalala dalam taklimat media menandakan dua bulan selepas banjir melanda seluruh wilayah itu.
Hujan lebat pada April lalu disebabkan cuaca ekstrem yang dicetuskan oleh perubahan iklim, mengejutkan negara itu secara tradisinya tidak dilanda ribut yang kerap melanda jirannya seperti Mozambique.
Lebih 300 milimeter (mm) hujan turun dalam tempoh 24 jam di beberapa bahagian wilayah itu yakni hampir satu pertiga daripada hujan tahunan Durban sekali gus memecahkan rekod hampir tiga dekad.
Banjir itu mencetuskan banjir lumpur paling teruk yang dilihat di Afrika Selatan menghanyutkan orang ramai, membina jambatan, jalan raya dan bangunan.
“Secara keseluruhannya, banjir KwaZulu-Natal digambarkan dengan betul sebagai banjir paling dahsyat dalam sejarah kita setakat ini,” kata Zikalala.
Beliau berkata, lebih 27,000 rumah terjejas dengan 8,584 daripadanya musnah sama sekali.
Banjir melanda wilayah itu kurang setahun selepas rusuhan maut yang mengorbankan lebih 350 orang, kebanyakannya di Durban, sebuah bandar pelabuhan dengan lebih 3.9 juta orang. -AFP