Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Banjir: 30 mangsa dari Rumah Kalai berjaya dipindahkan, operasi dipergiatkan di Rumah Hawa
  • Tengah
  • WILAYAH

Banjir: 30 mangsa dari Rumah Kalai berjaya dipindahkan, operasi dipergiatkan di Rumah Hawa

Utusan Sarawak 3 months ago

SIBU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak telah menjalankan operasi pemindahan mangsa banjir di Rumah Kalai dan Rumah Hawa, semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba (PGO) memaklumkan, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau bersama BBP Sungai Merah dikerahkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 5.45 petang.

“Setakat ini, seramai 30 mangsa dari Rumah Kalai berjaya dipindahkan ke lokasi selamat, manakala operasi pemindahan di Rumah Hawa masih dijalankan.

“Mangsa akan ditempatkan di pusat pemindahan sementara di SJK Tong Ah,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi pemindahan masih diteruskan bagi memastikan keselamatan semua penduduk yang terjejas.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Simunjan pantau situasi banjir
Next: Paras air sungai lebihi tahap bahaya, mangsa banjir di Daerah Tatau kini 207 orang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.