Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Banjir: 3 mangsa termasuk bayi berjaya diselamatkan
  • WILAYAH

Banjir: 3 mangsa termasuk bayi berjaya diselamatkan

Utusan Sarawak 4 months ago

Tiga mangsa yang terperangkap dalam banjir berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba. 

KANOWIT: Tiga mangsa, termasuk seorang bayi perempuan berusia empat bulan, berjaya diselamatkan selepas terperangkap dalam banjir di Jalan Lukut, Penyulau, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit, Rashid Songli, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.15 pagi dan segera mengerahkan dua anggota bomba ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, komander operasi mendapati dua kenderaan terperangkap di dalam banjir. 

“Sebuah kereta Proton X50 telah dipastikan tiada mangsa, manakala sebuah van Toyota HiAce membawa tiga mangsa, seorang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa, dan seorang bayi perempuan yang berada di atas bumbung van tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Rashid, anggota bomba bertindak meredah air dengan memakai jaket keselamatan untuk membawa mangsa ke tempat selamat.

“Anggaran kedalaman air adalah sekitar  1.3 meter, manakala jarak lokasi mangsa terperangkap adalah 120 meter dari kawasan tidak dinaiki air,” katanya.

Beliau berkata atas permintaan mangsa, pihak bomba menghantar mereka ke sebuah kedai kopi berhampiran sementara menunggu keluarga dari Sibu datang mengambil mereka.

Operasi tersebut selesai tanpa sebarang kecederaan dilaporkan.

Continue Reading

Previous: Air naik: 18 penghuni Rumah Panjang Suzusie Lily dipindahkan
Next: Kepelbagaian kaum, agama perlu terus dipelihara 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.