Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Bangunan tiga tingkat terbakar di Miri, tiada mangsa cedera
  • KEBAKARAN

Bangunan tiga tingkat terbakar di Miri, tiada mangsa cedera

Utusan Sarawak 1 week ago
TERBAKAR… Anggota bomba memadamkan kebakaran sebuah bangunan tiga tingkat di Jalan Bendahara, Miri, pagi tadi. Foto JBPM Sarawak

MIRI: Sebuah bangunan tiga tingkat di Jalan Bendahara di sini terbakar dalam satu kejadian awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada 4.37 pagi, sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri bersama bantuan dari BBP Lopeng dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan sebuah bangunan berkeluasan 20×40 kaki persegi.

Tingkat bawah terbakar sebanyak 15 peratus, tingkat satu 45 peratus, tingkat dua 20 peratus, dan tingkat tiga lima peratus,” katanya dalam kenyataan pagi ini.

Operasi pemadaman diketuai PBK II Stanley Paul bersama 11 anggota serta tiga jentera, menggunakan sumber air dari pili bomba berhampiran.

Kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya pada 7.31 pagi.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu. Turut membantu di lokasi ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SESCO.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Rumah disambar petir, api padam sendiri sebelum bomba tiba
Next: Empat rumah musnah dalam kebakaran di Taman Indah Landeh Siburan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.